cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 125,153
Paid Membership
Top Poster #2
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 125,153
- Reaction score
- 21,228
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
Lebih 1,000 video disekat TikTok selepas PRU15
December 7, 2022 5:59 PM
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata lebih 1,000 video disekat dari 20 hingga 26 Nov lalu.
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata lebih 1,000 video disekat di TikTok seminggu selepas PRU15.
Katanya, lebih 800 video juga disekat ketika kempen pilihan raya iaitu dari 12 hingga 18 Nov manakala 175 video diturunkan pada hari pengundian 19 Nov lalu.
“Pasca PRU pada 20 Nov hingga 26 Nov sebanyak 1,126 video (disekat),” kata Fahmi dalam sidang media di Kementerian Komunikasi dan Digital.
Fahmi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh TikTok bahawa kekangan secara automatik dibuat pihak itu menggunakan “artificial intelligence” milik mereka.
“Tiktok memaklumkan berkenaan PRU15, TikTok secara proaktif telah menghalang lebih 1,000 bahan selepas menerima aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta lain-lain badan atau agensi dalam negara,” katanya.
Selain itu, Fahmi memaklumkan sepanjang tahun ini iaitu dari 1 Jan hingga 5 Dis, kementerian telah menyampaikan 202 aduan kepada TikTok mengenai kandungan melanggar peraturan komunikasi di negara ini.
“Daripada (jumlah) 202 ini, sebanyak 95 diturunkan kerana melanggar garisan komuniti TikTok.
“Manakala jumlah bahan yang diturunkan kerana melanggar undang-undang dalam negara adalah sebanyak 28,” katanya.
Dalam sidang media sama, Fahmi turut mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menangani berita palsu.
Katanya, pasukan itu ditubuhkan pada 1 Dis lalu susulan mesyuarat pertama bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
“(Pasukan khas) memberi penekanan kepada aspek komunikasi terutama pengurusan menangani penyebaran berita palsu,” katanya.