BTC USD 85,903.4 Gold USD 3,050.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM
Sponsored Post

Lebih 1,000 ahli Bersatu Jeli keluar parti​

Jeli: Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu membabitkan lapan cawangan di sini mengumumkan keluar daripada parti, berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat kerana kesemua mereka sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan parti selain Bersatu dilihat lemah dalam percaturan politik terutama isu pemilihan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Berikutan itu, lapan cawangan Bersatu di Jeli iaitu Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu dianggap 'terkubur' selepas kesemua mereka keluar daripada parti.

Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad, berkata keputusan yang diambilnya bersama rakan-rakan adalah kerelaan mereka sendiri tanpa paksanaan mana-mana pihak.

Bekas Timbalan Ketua Cawangan BERSATU Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad (tengah) bersama dengan pimpinan parti di sini mengumumkan keluar daripada parti, berkuatkuasa hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

"Bersama saya hari ini termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Jeli, lapan ketua cawangan BERSATU dan Penolong Setiausaha Srikandu Bersatu Jeli mengumumkan perletakan jawatan kami berkuatkuasa serta merta.

"Keputusan ini kami ambil secara sularela dan tiada paksaan serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

"Sehubungan dengan itu, lapan cawangan dan 18 cawangan srikandi dengan ini mengumumkan pembubaran di cawangan Bersatu terbabit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, keyakinan mereka terhadap Bersatu sudah terhakis sama sekali dan parti itu disifatkan bukan lagi parti dominan orang Melayu yang boleh bergantung harap.

"Bersatu dilihat begitu lemah dan ini jelas dalam pemilihan calon PRK DUN Nenggiri dimana Bersatu jelas dipermainlak dan digula-gulakan oleh PAS. Kami amat malu dan tercabar dengan kesilapan percaturan ini,.

"Kami melihat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkarisma dan berdaya maju" katanya.
Rodzi berkata, setakat ini mereka tidak menyertai mana-mana parti namun menyokong Kerajaan Perpaduan.

sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119871/lebih-1000-ahli-bersatu-jeli-keluar-parti
melayu pasal nk post/jawatan sanggup berpecah ... bodo piang
 
Aku lebih terkejut ramai jgk ahli berdaftar parti bersatu. Tu baru kat jeli.

Setakat aku hidup ni, pernah jumpa 2,3 org je yg aku kenal dan ada daftar jadi ahli parti.
Yg terpaling walaun dan walanon pun x daftar jadi ahli parti. šŸ¤£

Setahu aku Nenggiri/Gua Musang ni kubu Umno
Pas baru menang je.
 
Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli BERSATU Jeli Umum Keluar Parti

07.08.2024 - Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah Rodzi Muhamad berkata keputusan itu, yang membabitkan lapan cawangan dan 18 cawangan Srikandi Bersatu di Bahagian Jeli, turut menyaksikan parti itu dibubarkan hari ini. Katanya kesemua pimpinan dan ahli Bersatu cawangan itu juga meletak jawatan dan keputusan keluar parti dibuat secara sukarela tanpa paksaan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Beliau berkata tindakan untuk keluar parti disebabkan keyakinan terhadap Bersatu sudah terhakis dan parti tersebut dianggap bukan parti dominan orang Melayu yang boleh memperjuangkan nasib bangsa itu.

ā€œBersatu dilihat begitu lemah dalam percaturan politik, dan ini jelas terlihat dalam pemilihan calon Pilihan Raya Kecil Nenggiri. Kami melihat Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar lebih berkarisma dan kami yakin PMX (Anwar) boleh memacu negara ke tahap lebih baik demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat Jeli,ā€ katanya.ā€ katanya pada sidang media di Jeli, hari ini.

Rodzi berkata pada masa ini, beliau bersama pimpinan dan bekas ahli Bersatu itu tidak menyokong mana-mana parti dan memilih untuk bergerak bebas.
1723013468637.png
Pelik betul alasan keluar bersatu dan sokong PMX.

Beliau berkata tindakan untuk keluar parti disebabkan keyakinan terhadap Bersatu sudah terhakis dan parti tersebut dianggap bukan parti dominan orang Melayu yang boleh memperjuangkan nasib bangsa itu.

PMX tu parti x berasaskan bamgsa, x dominan pun utk perjuang nasib bamgsa.
 
Aku lebih terkejut ramai jgk ahli berdaftar parti bersatu. Tu baru kat jeli.

Setakat aku hidup ni, pernah jumpa 2,3 org je yg aku kenal dan ada daftar jadi ahli parti.
Yg terpaling walaun dan walanon pun x daftar jadi ahli parti. šŸ¤£
Mcm mana lah org2 yg jadi ahli parti ni terfikir nk daftar sbg ahli yer. Apa kelebihan jadi ahli parti politik ni sebenarnya.
 
Aku lebih terkejut ramai jgk ahli berdaftar parti bersatu. Tu baru kat jeli.

Setakat aku hidup ni, pernah jumpa 2,3 org je yg aku kenal dan ada daftar jadi ahli parti.
Yg terpaling walaun dan walanon pun x daftar jadi ahli parti. šŸ¤£
Berapa kerat sgt je ahli bersatu. Kalau ada 100 org pun dah kira ramai giler. Kalau 1000 org keluar ahli tinggal -900 lah šŸ˜‚
 
Pelik betul alasan keluar bersatu dan sokong PMX.

Beliau berkata tindakan untuk keluar parti disebabkan keyakinan terhadap Bersatu sudah terhakis dan parti tersebut dianggap bukan parti dominan orang Melayu yang boleh memperjuangkan nasib bangsa itu.

PMX tu parti x berasaskan bamgsa, x dominan pun utk perjuang nasib bamgsa.

kne beli dgn UMNO..
geng2 bersatu yg dlu kluar umno sbb x setuju dgn kepimpinan UMNO..
bila kne beli.. mereka masuk semula UMNO..

begitulah sebahagian orang melayu bila berpolitik..

Nnt bila UMNO jilat DAP..
mereka keluar UMNO..
Lepas tu UMNO beli mereka balik..
mcm tu lah..:ROFLMAO:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register