LBGT: Penceramah bebas ditahan disyaki cabul lelaki

CG Sponsors




jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
11,798
Reaction score
2,492
Points
201
Aduh..
Ustaz pun manusia jgk..
menghadapi ujian..

Ujian nafsu..
Ujian difitnah..
Ujian kemaluan..
 
Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
7,608
Reaction score
746
Points
121
benda dah jadi karier tuan.
yelah nak jugak merasa kereta sedap, sofa sedap. nama pun manusia.
Karier ulama bukan baru. Zaman khalifah dulu pun ramai ulama2 besar ditaja saudagar2 supaya tak buat kerje lain, fokus mengajar, dakwah dan tulis kitab je.
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,608
Reaction score
1,906
Points
201
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 24... - Dewan Pemuda PAS Malaysia - DPPM | Facebook
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

24 Januari 2021 | 11 Jamadil Akhir 1442H

PINDA UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG LEBIH TEGAS UNTUK MENGEKANG LGBT

1. Pemuda PAS berpendapat sudah tiba masanya undang-undang jenayah syariah yang lebih tegas dipinda bagi mengekang dan membanteras perbuatan LGBT.

2. Sehingga hari ini, undang-undang syariah sedia ada samada melalui Akta Kesalahan Jenayah Syariah atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah tidak memberikan satu hukuman yang mampu menginsafkan pelaku. Ini berkemungkinan akibat batas kuasa hukuman jenayah syariah yang diikat formula 356 (maksimum 3 tahun penjara, denda RM 5000 dan 6 sebatan) seperti termaktub di dalam Akta 355. Oleh itu hukuman sedia ada tidak mampu mengawal dan membanteras perbuatan songsang ini.

3. Pemuda PAS menyambut baik respon YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Ahmad Marzuk Shaary bahawa kerajaan sedia meminda undang-undang jenayah syariah bagi mencapai hasrat tersebut. Walau bagaimanapun, usaha ini harus disambut oleh negeri, memandangkan kuasa jenayah syariah adalah di bawah kuasa negeri berdasarkan Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

4. Pemuda PAS juga mencadangkan supaya aspek-aspek lain turut dilihat dalam menambah baik undang-undang dalam mengekang LGBT. Sebagai contoh, mekanisme pengawalan dan hukuman turut perlu dilihat dalam sistem komunikasi melalui pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia. Sebahagian aktivis LGBT tidak segan silu menyebarkan dakyah dan fahaman mereka melalui media sosial, malah mempromosikan budaya tersebut, sehingga menyebabkan orang awam terdedah dengan dakyah dan perbuatan songsang ini. Ini adalah suatu perkara tidak sihat dan boleh merosakkan generasi kita.

5. Ingin Pemuda PAS tegaskan bahawa cadangan ini tidaklah bermaksud kita membenci individu yang terlibat dalam LGBT. Kita menerima mereka sebagai insan yang tidak lari dari salah silap dan dosa, cuma perbuatan songsang tersebut harus ditegah dan dilawan. Pemuda PAS sedia dan sudi membantu golongan ini yang ingin kembali ke pangkal jalan dengan tangan terbuka. Semoga Allah SWT terus melimpahkan hidayah-Nya di negara penuh barakah ini.

Ust. Afnan Hamimi Taib Azamuddin
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#MemimpinNegara
#DemiIslam

 
Sponsored Post
Top
Log in Register