Lazada.com.my - Customer review, complaints, comments @ CG

CG Sponsors




Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,837
Points
196
Lazada tarik 40,000 pengunjung sehari


LAMAN WEB beli-belah ‘online’, Lazada.com.my kini menjadi destinasi mendapatkan barangan jenama terkemuka walaupun baru dilancarkan tiga bulan lalu yang mencatatkan jumlah pengunjung 40,000 sehari.

Lazada juga disenaraikan antara 200 laman web paling dilayari pengunjung maya mengikut sistem Alexa Ranking.


Pengarah Urusan Lazada Malaysia, Giacomo Ficari berkata, ia menunjukkan potensi industri belah-belah online secara meluas di kalangan rakyat negara ini.

“Dengan penembusan jalur lebar dan jaringan media sosial yang meluas ditambah pertumbuhan perkapita pendapatan rakyatnya, ia cukup membolehkan industri beli-belah online bernafas,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kejayaan Lazada dijana perkhidmatan yang belum pernah ditawarkan syarikat lain sebelum ini termasuk kos penghantaran percuma, polisi wang dikembalikan dalam tempoh 14 hari dan harga rendah.


“Apa yang menjadi cabaran bagi peruncit ialah meyakinkan pengguna berkenaan soal keselamatan ketika membeli-belah secara online yang masih menjadi kerisauan di kalangan mereka...masih kurang keyakinan,” katanya.

Menyedari hakikat itu, Lazada mengukuhkan sistem pembayarannya serta menawarkan pilihan transaksi kewangan menarik untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.


“Pengguna mempunyai pilihan kaedah pembayaran yang meluas dan selamat, malah laman web kami melalui sistem tapisan tertentu untuk mengukuhkan ciri keselamatan,” katanya.

Menurutnya, pengguna mempunyai pilihan kaedah pembayaran seperti kad kredit, pemindahan bank, iPay88 dan panggilan telefon.


Selain Malaysia, Lazada mempunyai laman web setempat untuk pasaran Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand.


Laman web itu menawarkan lebih 16,000 produk merangkumi elektronik, buku, perkakasan rumah, hiasan, barangan kanak-kanak dan peralatan sukan.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lazadatarik40_000pengunjungsehari/Article/index_html
 
Sponsored Post

AIR SIRAP

Active Member
Joined
Mar 22, 2010
Messages
1,668
Reaction score
18
Points
35
bukan lazada ni lambat htr barang ke ? dan byk komplen ?
 

tokmudin

Legendary Member
Joined
Aug 18, 2010
Messages
11,745
Reaction score
367
Points
131
iklan dia merata2.. aku nak main xperteleven pun dia ada..
 

mohdashraf

Super Active Member
Joined
Apr 22, 2010
Messages
6,775
Reaction score
480
Points
81
zalora.com.my sma ngan lazada ni ke?iklan dorg merata2 tmpt...

adsense,radio,tv...semua da...
 

BlackWoods

Banned
Joined
Aug 13, 2012
Messages
164
Reaction score
21
Points
20
Lazada makin popular dah, sya dapat tgk iklan dia di merata-rata.
Tapi produk masih x cukup dan sya dengar byk complaint kat servis dia.

Bagi sekarang, sya stick to http://mall.easy.my jer.
 

ayid95

Freshie
Joined
May 13, 2012
Messages
35
Reaction score
0
Points
6
LAZADA ni memang lambat ke?

ada sesiapa yang pernah beli kat lazada? kongsi sikit pendapat
 

gimau

Active+ Member
Joined
Oct 13, 2011
Messages
3,264
Reaction score
275
Points
41
LAZADA nih kedai mkn ke?? cer citer sket..
 

jamtulenmurah

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,721
Points
316
LAZADA nih kedai mkn ke?? cer citer sket..
online trader gak lazada ni. Tapi servis teruk. Search gugel lazada suck dan banyak feedback cakap lazada nye servis teruk. :D

banyak kes duit dah bayar barang tak deliver. Sampai berbulan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register