BTC USD 67,573.3 Gold USD 2,315.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawrence Wong Dilantik PM Singapura Baharu 15 Mei

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
446,842
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
446,842
Reaction score
35,927
Points
2,836
Awards
2

Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei​

15 APR 2024

2614970.jpg

Lee Hsien Loong (kiri) dan Lawrence Wong. - AFP

SINGAPURA – Perdana Menteri Singpura, Lee Hsien Loong akan menyerahkan jawatannya kepada Timbalannya, Lawrence Wong pada bulan depan.

“Saya akan menyerahkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 2024 dan Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang seterusnya pada hari sama,” kata Lee menerusi ciapan di media sosial pada Isnin.

“Saya meminta semua rakyat Singapura memberi sokongan penuh kepada Lawrence dan pasukannya untuk mencipta masa depan yang lebih cerah kepada Singapura,” tambahnya.

Wong, 51 yang juga Menteri Kewangan telah mendapat sokongan Anggota Parlimen (AP) yang sebulat suara memilih beliau sebagai calon paling sesuai mendukung jawatan Perdana Menteri keempat dan menerajui pasukan pemimpin generasi keempat (4G).

“Saya menerima tanggungjawab ini dengan rendah diri dan rasa tanggungjawab yang mendalam.

“Saya juga berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda,” kata Wong menerusi ciapan di media sosial.

Ahli Ekonomi yang pernah mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dilihat bijak menangani krisis Covid-19 dengan berkesan apabila beliau menyertai pasukan petugas pandemik kerajaan.

Wong akan menjadi Perdana Menteri Singapura keempat selepas Lee; Goh Chok Tong (1990) dan Lee Kuan Yew (1959). – AFP

Sponsored Post

Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura​

15 APR 2024

2615457.jpg

Lawrence Wong

SINGAPURA – Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.

Lawrence, 51, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa Singapura berkata, dalam satu mesej video berikutan pengumuman tarikh penyerahan tampuk kepimpinan negara itu bahawa beliau ingin mendapatkan kepercayaan dan sokongan rakyat Singapura untuk membina bab seterusnya dalam kisah Singapura yang rakyatnya bersatu padu tanpa mengira kaum, agama dan bahasa.

“Saya menerima tanggungjawab ini dengan rasa rendah hati dan rasa kewajiban yang mendalam. Saya meminta setiap orang daripada kamu untuk menyertai saya dalam perjalanan ini. Kongsi idea, nyala rasa dan impian anda. Bekerja bersama saya dan pasukan saya. Bersama-sama kita boleh membina masa hadapan yang bersinar terang untuk semua rakyat Singapura,” katanya.

Lawrence akan mengambil alih tugas Perdana Menteri daripada Lee Hsien Loong pada 15 Mei.

Perdana Menteri yang baharu akan mengangkat sumpah pada jam 8 malam 15 Mei di Istana.

Lawrence yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) berkata, beliau tidak pernah menduga untuk berkhidmat sebagai perdana menteri negara ini sewaktu kali pertama beliau dipelawa untuk menyertai politik pada 2011.

“Saya bersetuju kerana saya ingin menyumbang kepada kisah Singapura,” katanya.

Lawrence merupakan seorang penjawat awam sebelum menceburi politik dan merupakan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA).

Ahli Parlimen (MP) Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu dilantik pertama kali sebagai MP pada Mei 2011.

Lawrence telah memegang jawatan di pelbagai kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Kementerian Pembangunan Nasional dan Kementerian Pendidikan

Beliau juga mempengerusikan bersama Pasukan Petugas Pelbagai-Kementerian bagi Covid-19 dari 2020 hingga 2023, yang memantau respons Kerajaan Singapura terhadap pandemik itu.

Lawrence berkelulusan Sarjana Muda dan Sarjana Ekonomi daripada University of Wisconsin-Madison dan the University of Michigan-Ann Arbor, selain memiliki Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam daripada Harvard Kennedy School, Amerika Syarikat. – Bernama
 
Hsien Loong umum letak jawatan​

pm-singapura-flash.jpg

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam semalam dan menyatakan bahawa beliau dan kerajaan pimpinannya akan berundur secara rasmi esok, lapor akhbar China Daily.

Dalam suratnya, Hsien Loong menasihati Presiden Singapura supaya memilih Lawrence Wong untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Tharman menerima perletakan jawatan tersebut dan memaklumkan bahawa Wong akan dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura dan memintanya untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

“Manakala Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan baharu ini,” kata Wong dalam satu sidang akhbar.

Sementara itu, Kim Young akan kekal sebagai Menteri Perdagangan dan Industri. Beliau juga menggantikan Wong untuk jawatan Pengerusi Pihak Berkuasa Monetari Singapura.

“Hsien Loong dan Teo Chee Hean pula akan menjadi menteri senior dalam kabinet baharu tersebut,” tambah Wong yang akan mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Singapura. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/05/14/hsien-loong-umum-letak-jawatan/
 
dia bukan nasihat presiden karipuley.
Lebih kepada arahan tu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register