BTC USD 93,812.2 Gold USD 2,689.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Latihan percubaan PLKN 3.0 mula Januari 2025 - Adly

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,766
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,766
Reaction score
1,292
Points
201
6181726750048895893_121.jpg


Latihan percubaan PLKN 3.0 mula Januari 2025 - Adly

Seremban: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan bermula 12 Januari tahun hadapan membabitkan seramai 200 orang pelatih lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata ia membabitkan latihan atau fasa percubaan sebelum diperluaskan ke fasa seterusnya pada Jun 2024.

Katanya, latihan itu akan membabitkan tempoh selama dua minggu dan dilaksanakan di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kem Transit di Kuala Lumpur.

"Ia adalah sebagai percubaan kerana sesi sebenar akan bermula pada bulan Jun 2025, melalui percubaan ini saya fikir ia boleh menilai keberkesanan silibus dan juga modul latihan seterusnya boleh dilakukan penambahbaikan.

"Kita ada banyak pengalaman melalui PLKN yang dulu, saya fikir menerusi kaedah ini (percubaan) ia akan dapat mempercepatkan proses kita untuk melengkapkan dan memastikan pada Jun kita bersedia sepenuhnya.

"PLKN kali ini akan dilaksanakan melalui kem Wataniah di seluruh negara cuma kali ini hanya dimulakan dengan satu kem yang membabitkan seramai 200 pelatih," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) Peringkat Negeri Sembilan, di sini, hari ini.

Adly berkata, Kementerian Pertahanan tidak mempunyai masalah untuk mencapai bilangan 200 orang pelatih selain mereka yang mendaftar secara sukarela.

"Buat masa ini, kita memang tumpukan kepada pelajar lepasan SPM cuma daripada segi akta sahaja yang menyebut ia boleh disertai pelatih sehingga usia 35 tahun," katanya.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

hasil kajian kwn lg,

jgn hanya Plkn utk remaja awam shj

buat jgk module keperwiraan utk banduan2 dipenjara

rugilah mak pak dh lahir & bg makan pakai akhirnya ending di penjara

yg mana ada keinsafan, blh berubah & blh jd asset baru negara - banduan pun blh jd modal insan yg berguna mempertahan negara - rekrutkan diorg

cth nya banduan terhormat - merata dunia dh pegi - palestin pun ye, israel pon ye gak - all rounder
 
Last edited:

PLKN 3.0 Dilaksana Berdasarkan Kajian Terperinci, Mendalam - Mohamed Khaled​

7fe949684f2a16c3f712764e9ad0dfb16752e2bb556a6

Gambar Fail

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata beberapa kajian akademik itu, bagi mengukur impak pelaksanaan program berkenaan selain statistik penglibatan belia, kadar kepuasan peserta dan pengukuran tahap patriotisme telah menunjukkan hasil positif.

“PLKN 3.0 akan dilaksanakan dengan konsep dan format baharu untuk warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke atas mulai tahun 2025. Konsep dan format baharu ini mengambil kira penilaian terhadap pelaksanaan PLKN yang terdahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kepada cadangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Datuk Seri Saifuddin Abdullah, supaya Kerajaan tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0.

Mohamed Khaled berkata objektif pelaksanaan semula program itu jelas sebagai wadah pembentukan generasi baharu yang menitikberatkan semangat patriotisme, mengamalkan nilai-nilai murni, sentiasa memupuk semangat perpaduan dan menanamkan semangat kesukarelawanan.

“Pada masa yang sama, PLKN 3.0 berperanan dalam memupuk minat anak muda menceburi bidang ketenteraan serta menyumbang kepada negara dan atas dasar itu, PLKN 3.0 tidak boleh hanya dilihat sebagai latihan asas ketenteraan semata-mata.

“Tetapi satu program yang turut merangkumi Modul Kenegaraan (Elemen Jati Diri, Elemen Cinta Negara dan Elemen Perpaduan) bagi memenuhi objektif yang telah digariskan,” katanya.

Beliau berkata membandingkan antara PLKN 3.0 dengan program kerahan tenaga negara-negara luar merupakan suatu perbandingan yang tidak setara, memandangkan pelaksanaan program berkenaan lebih memfokuskan kepada perkhidmatan ketenteraan yang aktif untuk satu tempoh yang panjang.

“Bagi memastikan segala kelemahan semasa pelaksanaan PLKN yang terdahulu, Kementerian Pertahanan kini sedang membuat persediaan rapi untuk melaksanakan latihan percubaan dan projek perintis bagi PLKN 3.0 di kem-kem Askar Wataniah yang akan bermula seawal Januari 2025,” katanya.

Dalam meminimumkan perbelanjaan, Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan PLKN di 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa politeknik di seluruh negara.

“Kementerian Pertahanan berpandangan bahawa usaha memupuk patriotisme dan nilai jati diri yang baik dalam diri anak muda bukanlah perkara yang bersifat sampingan, sisipan atau secondary kepada negara.

“Secara rumusan, PLKN 3.0 penting dan kritikal dalam pembinaan negara bangsa. Keadaan sekarang merupakan satu situasi yang sangat menyokong dan mewajarkan pelaksanaan semula program ini,” katanya.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register