soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,223
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,223
- Reaction score
- 4,128
- Points
- 661
- Awards
- 1
Oleh Siti Haliza Yusop- Mac 15, 2022 @ 10:47am
[email protected]
KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mencadangkan rakyat tempatan perlu dilatih sebagai pengurus rumah profesional bagi tujuan membersih dan mengemas rumah dan bukan sebagai pembantu rumah.
Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata setiap pengurus rumah boleh menguruskan antara empat ke lima rumah setiap hari dan digaji sebagai profesional selain mencarum kepada Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Cara ini sudah pasti dapat menarik minat rakyat tempatan dan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah warga asing," katanya.
Syed Hussain berkata, rakyat tempatan tidak akan mahu digaji sebagai pembantu rumah dan mereka juga tidak selesa jika tinggal serumah dengan majikan begitu sebaliknya.
Malah, katanya warga tempatan juga mempunyai pelbagai tanggungjawab terhadap keluarga, ini menyukarkan mereka menumpukan perhatian kepada kerja sebagai pembantu rumah.
"Mereka sepatutnya digaji untuk mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak serta orang tua dan bukan diambil bekerja sebagai pembantu rumah.