Lari tinggalkan rakan maut lepas kemalangan

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,847
Reaction score
138
Points
33
KEADAAN kereta Perodua Kancil yang remuk selepas melanggar tiang elektrik. FOTO Ihsan Pembaca.


Dungun: Empat lelaki Bangladesh melarikan diri selepas seorang rakan mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 89 Jalan Jerangau-Jabur, dekat Ladang Gajah Mati, Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mereka berlima menaiki kereta Perodua Kancil sebelum kenderaan berkenaan terbabas dan merempuh tiang elektrik, serta mengorbankan lelaki dikenali Hasanuzzaman, 58.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan memberitahu mangsa yang maut adalah buruh binaan beralamat di Bandar Bukit Besi.

Katanya, mangsa didapati tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

"Empat rakan mangsa tiada di tempat kejadian dan polis sudah mengenal pasti mereka iaitu pemandu kereta, Imadadul, 28, dan penumpang, Monir Husin, 50; Titon, 24; dan Salam Khan, 37.

"Mereka dikesan pada 3.15 petang dengan pemandu kereta cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut. Mayat rakan mereka juga dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, kelima-limanya dipercayai dalam perjalanan dari Bandar Bukit Besi menuju ke AMBS dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat AMBS, Penolong Penguasa Bomba Zul Husni Abdul Rahman berkata, tujuh anggota ke tempat kejadian dan mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Mangsa tersepit antara tempat duduk dengan tiang elektrik," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,108
Reaction score
115
Points
43
5 org kancil, sendat mendat gk tu sbb dewasa..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register