BTC USD 67,135.9 Gold USD 2,337.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lari Sejauh 2KM Sebab Tak Ada Lesen, 'Road Tax' Mati

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,178
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,178
Reaction score
35,435
Points
2,836
Awards
2

Lari sejauh 2km sebab tak ada lesen, 'road tax' mati​



12 April 2024 10:32am


2610703.jpg

Seorang lelaki sanggup melarikan diri sejauh 2 kilometer (km) daripada ditahan polis selepas memandu kereta tamat cukai jalan serta tidak memiliki lesen memandu pada Khamis.


TANAH MERAH - Seorang lelaki sanggup melarikan diri sejauh 2 kilometer (km) daripada ditahan polis selepas memandu kereta tamat cukai jalan serta tidak memiliki lesen memandu pada Khamis.

Bagaimanapun lelaki berusia 30-an yang bekerja sendiri itu berjaya ditahan di Kampung Kusial Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, pada jam 3 petang semasa anggotanya sedang menjalankan Op Selamat 22 di simpang tiga Taman Kota Harmoni, sebuah kereta jenis BMW telah membuat pusingan u di tempat yang tidak dibenarkan.

"Semasa ingin ditahan suspek telah memecut kenderaan secara melulu sehingga merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

2610702.jpg

Suspek juga mengaku memiliki mercun untuk kegunaan sendiri.


"Lelaki terbabit berjaya ditahan di Kampung Kusial dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam but kereta telah menjumpai satu kotak mengandungi mercun pelbagai jenis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

Ujarnya, siasatan mendapati suspek mengaku melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada 8 Oktober 2021.

Mohd Haki memberitahu, suspek juga mengaku memiliki mercun untuk kegunaan sendiri.

"Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register