hiduprakyat
Legendary Member

- Messages
- 19,291
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 19,291
- Reaction score
- 1,342
- Points
- 201
Lari pemeriksaan polis, pemandu City ditahan miliki syabu
SEORANG lelaki memiliki 18 rekod jenayah lampau ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Persiaran Pinggiran Putra Seri Kembangan, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular memaparkan kejadian sebuah kereta Honda City meluncur laju mengabaikan arahan berhenti daripada pihak polis.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 1 petang itu, pengadu yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah bersama tiga anggota telah melihat sebuah Honda City berwarna hitam alam keadaan mencurigakan.
“Pengadu telah menghampiri suspek dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis.
“Suspek bagaimanapun secara tiba-tiba bertindak melarikan diri dengan memecut kereta ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong.
“Setelah diekori, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pemeriksaan pada tubuh badan suspek telah menemui sepeket plastik lutsinar berisi ketulak kristal disyaki dadah jenis syabu.
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 18 rekod lampau pelbagai kesalahan jenayah.
Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Anbalagan berkata, kes masih di dalam peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi.
Sumber : Utusan TV