underscore
Legendary Member
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 11,494
- Reaction score
- 4,245
- Points
- 196
Amalan Sihir Adalah Syirik
Soalan:
Di sini saya ingin mengutarakan satu kemusykilan mengenai masalah sihir dikalangan masyarakat melayu kini. Antaranya:
1. Apakah hukumnya jika seseorang itu menganiaya orang lain dengan menggunakan ilmu sihir ini seperti tuju-tuju, santau dan sebagainya?
2. Apakah terdapat kisah-kisah atau dalil-dalil yang mengatakan bahawa sihir ini wujud dan adakah terdapat kisah bahawa Nabi Muhammad S.A.W menghadapi masalah ini di zaman baginda?
3. Apakah hukumnya jika mangsa sihir memulangkan ( sihir ) apa yang telah dianiaya terhadapnya kepada tukang sihir tersebut?
4. Bagaimanakah cara untuk kita melindungi diri dari perbuatan sihir ini? Adakah doa-doa dan wirit-wirit yang boleh diamalkan selain berlindung dari Allah S.W.T.?
5. Apakah tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir? Adakah kita dapat mengenalinya?
Saya berharap pihak tuan dapat memberikan gambaran yang sewajarnya agar masalah yang saya hadapi ini mendapat jalan penyelesaiannya. Keperihatinan pihak tuan adalah amat saya hargai. Sekian terima kasih.
Fazli, Subang
Jawapan:
Mengamalkan ilmu sihir hukumnya haram kerana menggunakan unsur jahat seperti iblis syaitan untuk menghancur kehidupan orang lain. Semenjak manusia wujud di dunia ini perbuatan sihir ini telah diajarkan oleh iblis dan syaitan kepada manusia yang mudah digodanya. Lebih ketara lagi ketika Firaun cuba menentang Nabi Musa as. Disaat itu Firaun mengumpulkan para ahli sihirnya untuk menentang mukjizat Nabi Musa as. namun sihir-sihir yang dikeluarkan oleh tukang sihir Firaun tersebut dapat ditewaskan oleh mukjizat Nabi Musa as. Kebanyakan ahli sihir firaun tersebut beriman kepada Nabi Musa.
Rasulullah SAW juga pernah dicuba oleh orang Yahudi untuk menyihir baginda, namun usaha tersebut tidak berhasil, kerana diri Rasulullah SAW dijaga oleh Allah SWT.
Banyak dalil-dalil al Quran yang menceritakan tentang wujudnya sihir ini seperti yang tercantum dalam surah Al Baqarah ayat 102, Yunus ayat 77, Thaha ayat 67 hingga 69, surah Al A'raf ayat 117 hingga 112.serta banyak lagi yang lain. Di dalam hadis juga ada diterangkan tentang perbuatan sihir ini.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang belajar sebahagian ilmu nujum, maka ia belajar sebahagian dari sihir, semakin bertambah ilmu tersebut maka akan semakin bertambah pula ilmu sihirnya". (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Ibnu Qayyim berkata bahawa menyingkirkan sihir dari orang yang terkena sihir itu ada dua macam.
Pertama, menyingkirkan sihir dengan perbuatan sihir, cara ini termasuk perbuatan syaitan.
Kedua, menyingkirkan sihir dengan membaca ayat-ayat al Quran, doa-doa atau zikir-zikir yang seperti ini dibolehkan.
Dengan demikian pengubatan sihir yang dibolehkan adalah pengubatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran, doa-doa, zikir dan sebagainya yang disyariatkan oleh agama.
Sedangkan pengubatan sihir yang diharamkan adalah menghilangkan sihir dengan sihir pula kerana cara ini sudah pasti menjadikan syaitan sebagai sahabat dengan cara mendekatkan diri kepada mereka serta mencari keredhaan mereka.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Pengubatan sihir (dengan menggunakan sihir) itu adalah dari perbuatan syaitan". (Ahmad dan Abu Daud)
Tanda-tanda orang mengamalkan ilmu sihir ini mereka tidak menjalankan perintah agama seperti solat serta amalan yang lainnya,
kerana jika mereka mengerjakan perintah agama dengan betul dengan sendirinya syaitan yang menjadi temannya akan lari tidak akan mampu bekerjasama dengannya.
Kerjasama antara tukang sihir dengan syaitan ini menyebabkan tukang sihir tersebut akan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersifat kemusyrikan dan kekafiran baik secara tersembunyi mahupun secara terang-terangan, sebagai balas jasa syaitan akan melayani tukang sihir tersebut.
Banyak ayat-ayat Al Quran dan zikir-zikir yang boleh diamalkan dalam menangkis serangan sihir ini. Bagi umat Islam yang sentiasa menjalankan perintah agama dengan betul, seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan sebagainya maka tidak mudah ditembusi oleh angakra jahat sihir ini.
Walaupun begitu Rasulullah SAW menunjukkan ayat-ayat tertentu dalam menangkis kejahatan syaitan dan sihir tersebut. Seperti banyak membaca surah Al Ikhlas,Al Falaq dan surah An Nas dan ayat Kursi.