Larangan pakai burqa kian hampir

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Panel Parlimen saran sekatan terhadap wanita Islam

PARIS: Perancis semakin hampir melarang wanita Islam memakai penutup muka penuh apabila laporan yang ditunggu-tunggu dikeluarkan minggu ini, meletakkan asas kepada pengharaman pemakaian burqa.

Selepas enam bulan perdebatan hangat berlangsung, suruhanjaya ditubuhkan Parlimen bagi menangani isu itu akan membentangkan laporan berhubung pengharaman pakaian menutup muka itu, esok.

Perancis yang mempunyai minoriti terbesar Islam di Eropah yang dianggarkan kira-kira enam juta orang. Jika pakaian itu diharamkan, Perancis berada dalam suasana baru. Belum ada negara Eropah menyekat pemakaian penutup muka penuh.

Presiden Nicolas Sarkozy memulakan perdebatan apabila beliau mengisytiharkan burqa 'tidak dialu-alukan' di Perancis dan menggambarkannya sebagai simbol 'terlalu merendah diri' wanita yang tidak dapat diterima sebuah negara yang menganggap pelindung hak asasi manusia.

Laporan setebal 170 muka itu akan mencadangkan supaya Parlimen mengguna pakai resolusi yang menyatakan bahawa penutupan muka penuh menggunakan 'burqa' atau 'niqab' adalah bertentangan dengan nilai Perancis dan perlu dilarang, kata seorang anggota suruhanjaya Parlimen itu.

Jumaat lalu, satu sumber Parlimen berkata laporan itu akan mencadangkan sebarang resolusi perlu diikuti undang-undang bagi melarang pemakaian burqa dalam 'perkhidmatan awam' termasuk hospital, sekolah dan pengangkutan.

Mereka yang melanggar larangan itu tidak akan berdepan hukuman namun dinafikan hak mendapatkan perkhidmatan, sebagai contoh, seorang wanita boleh dinafikan pembayaran kebajikan keluarga jika memakai penutup muka apabila hadir untuk mengutipnya.

Ahli politik semua fahaman, bagaimanapun memberi amaran bahawa tempoh tertentu diperlukan untuk merangka teks kukuh yang boleh bertahan jika dicabar mahkamah.

"Saya fikir kami kini cuba meliberalisasi ramai wanita," kata Andre Gerin, timbalan Parti Komunis yang mempengerusikan suruhanjaya dan menyokong larangan terbabit. � AFP
 
Sponsored Post

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
lantak la nak pakai tak pakai

yang bogel tu bagus ka.........

kenapa nak kena haram plak............haram jadah btoiiiiiiiii
 

vtec

Fun Poster
Joined
Jun 3, 2007
Messages
516
Reaction score
3
Points
15
semua agenda yahudi .....
 

desire

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2006
Messages
9,694
Reaction score
29
Points
70
Jgn la berlaku kat M'sia perkara ni...
 

qaz123

Super Active Member
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
islam semakin ditindas
 

gudboy

Legendary Member
Joined
Dec 24, 2009
Messages
11,539
Reaction score
4
Points
115
kate negara hak asasi manusia..tapi larang plak wanita muslim nak tutup aurat..pe da.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register