Larangan melintas di hadapan orang yg sedang sembahyang

CG Sponsors




anipo

Active+ Member
Joined
May 15, 2008
Messages
4,887
Reaction score
126
Points
33
Baginda Rasulullah S. A. W. bersabda ....... "Apabila salah seorang dari kamu menghadap sesuatu yang dapat menutupinya dari orang, kemudian ada orang yang LALU di hadapannya, maka hendaklah ia MENOLAKNYA dari tubuh sebelah atas badannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG, maka PERANGILAH ia kerana sesungguhnya ia adalah SYAITAN ..........."

dan menurut hadis yang lain ......

"Maka janganlah MEMBIARKAN seseorang lalu di hadapannya. Jika orang yang lalu itu MEMBANGKANG , maka hendaklah ia MEMERANGINYA, kerana sesungguhnya BERSAMA orang yang lalu itu adalah SYAITAN......." hadis riwayat Bukhari & Muslim.....

penjelasannya ?.. DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Selain itu boleh juga meletakkan sesuatu atau membentang sejadah malah boleh juga dengan membuat batas atau garis pembatas sebagai tempat sembahyang. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapannya kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM. Orang itu harus DITOLAK .

dan ?.. Bagi orang yang mengetahui atau orang yang sedang sembahyang itu sendiri, disunatkan MENOLAKNYA dengan gerakan yang tidak sampai MEMBATALKAN sembahyangnya?. dan ?.. Dalam sembahyang BERJEMAAH, setiap BARISAN adalah pembatas bagi yang ada di belakang ??
 
Sponsored Post

BizClub

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2005
Messages
7,034
Reaction score
157
Points
78
tapi kalo dh sesak tu nk buat cmna ek..aku tgk kt mekah main langkah jer atas pala...
 

dell

Super Active Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
8,070
Reaction score
70
Points
80
..good info..
 

zolympus

Elite Member
Platinum Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,417
Reaction score
241
Points
33
Maklumat kat atas kena buat mcm viral marketing. Biar seluruh umat Islam tahu. Dulu masa aku sekolah dulu dh tahu dah, Alhamdulillah kt sekolah aku x ada yg buat.

Biasanya masa solat Jumaat, ada je yg melintas. Aku kadang2 hadang dengan tangan tapi tu la .. kadang2 yg melintas tu org dah tua. Kadang2 yg pakai lebai pun ada. Isk.
 

heaven

Active+ Member
Joined
Nov 8, 2007
Messages
2,646
Reaction score
11
Points
25
Bahaya Lalu di Depan Org Tgh Bersolat

Utk isu & permasalahan ini...sy bukan lah yg Arif tp sy cuba beri sedikit info dr apa yg saya tahu...

Semasa sy di negara orang iaitu di negara2 bermazhab Hanafi.

Kebanyakan mereka sangat mengambil berat ttg org yg lalu di Hadapan yg bersolat.

Klau dr segi Hukum dlm Mazhab Hanafi ...plg kurang 4-5 saf utk lalu di hadapan mereka yg bersolat...Klau ada org yg TERLALU di hadapan org yg bersolat...ahli kariah tu akan memarahi terus org tersebut.

Mereka sanggup tunggu sehingga org yg berada disebelah sedang solat habis bersolat...barulah org itu baru boleh lalu...Mereka cukup ambil berat ttg perkara ini...

Yg bagus mereka semua nie...di setiap masjid di sana...ada byk disediakan tiang kayu setinggi 2-3 hasta utk digunakan sekiranya hendak bersolat.

Mereka juga telah dibiasakan sekiranya tertinggal solat berjemaah
...mereka akan terus solat bersendirian dihadapan saf2 pertama.

Klau kita di M'sia yg bermazhab Shafie...plg kurang utk lalu di hadapan org yg bersolat ialah 1 saf...


hmm....apa lagi erkk...ok nanti smbung lagi...:">:">:">
 

technod

Fun Poster
Joined
Jun 7, 2007
Messages
440
Reaction score
0
Points
10
memang ada yg tak tahu. Ada lepas semayang jumaat buat solat sunat tengah2 jalan nak keluar pintu. So nak salahkan sapa?

kadang2 nampak budak yg bawa kotak derma dari saf ke saf tu main lalu aje. mungkin budak baru kot.
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
nak lalu depan org sedang solat boleh... tp kena la letak halangan :D:D:D





tp kalau org tu solat kat laluan / pintu masjid???? :eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register