BTC USD 36,626.7 Gold USD 1,798.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Larangan kuliah, ceramah tolak vaksin di Kelantan

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,509
Reaction score
2,574
Points
201

Larangan kuliah, ceramah tolak vaksin di Kelantan​

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) melarang sebarang penyampaian kuliah berkaitan penularan wabak dan program imunisasi Covid-19 yang bertentangan dengan dasar kerajaan.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz ketika mengumumkannya berkata, larangan tersebut diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam negeri ini.

Katanya, kebelakangan ini, segelintir pendakwah termasuk pemegang Tauliah Mengajar Maik sendiri dikesan memberi kenyataan atau mengulas isu penularan Covid-19 dan program vaksinasi yang bertentangan dengan dasar kerajaan.

“Perkara ini telah memberi kesan negatif terhadap langkah kerajaan untuk membendung wabak daripada terus merebak dalam masyarakat.

“Dalam situasi darurat ini, semua pihak perlu hentikan perbezaan pendapat berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: Maka jika kalian melihat perselisihan, berpeganglah pada as-Sawad al-A’dzham (majoriti orang-orang Islam).

“Dan berdasarkan kaedah fiqh iaitu keputusan hakim mengangkat segala khilaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Tengku Mohad Rizam memberitahu, jika mana-mana pegawai masjid bandar, jajahan, mukim atau pemegang Tauliah Mengajar Maik dan pendakwah didapati melanggar larangan itu, tindakan tegas akan diambil.

“Pihak Maik mengharapkan kerjasama semua pihak agar menyampaikan pengajaran yang selari dengan dasar kerajaan khususnya berkaitan penularan Covid-19 dan program imunisasi,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,969
Reaction score
1,909
Points
201
takde vaksin kang ckp kerajaan tak buat ape2...
ade vaksin kang xnak plak cucuk...
bile org lain dpt vaksin maroh plok...
ape la yg diorg nak sebenarnye...
Xtau la bro, apa yg org kt nk sebenarnya....bg salah xbg salah
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,902
Reaction score
702
Points
81
takde vaksin kang ckp kerajaan tak buat ape2...
ade vaksin kang xnak plak cucuk...
bile org lain dpt vaksin maroh plok...
ape la yg diorg nak sebenarnye...

Marah kot org potong Q

Rupanya marah punya marah diri tu xdaftar pon hahahaha
 

noblegold

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,141
Reaction score
110
Points
43
Tak lockdown disuruh nya lockdown
Dah announce lockdown , berbondong2 balik kampung......
 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,693
Reaction score
301
Points
91
takde vaksin kang ckp kerajaan tak buat ape2...
ade vaksin kang xnak plak cucuk...
bile org lain dpt vaksin maroh plok...
ape la yg diorg nak sebenarnye...

Xtau la bro, apa yg org kt nk sebenarnya....bg salah xbg salah

Marah kot org potong Q

Rupanya marah punya marah diri tu xdaftar pon hahahaha

Tak lockdown disuruh nya lockdown
Dah announce lockdown , berbondong2 balik kampung......

yg kritik kerajaan sebab takde vaksin dan yg taknak vaksin tu golongan yg berlainan.. tak sama..

yg kritik tak bagi dan yg kritik bagi tu golongan yg berlainan.. tak sama..

yg marah orang potong q dan yg tak daftar tu golongan yg berlainan.. tak sama..

yg suruh lockdown tu dan yg balik kampung tu golongan yg berlainan.. tak sama..

logik..
 

biomedik2

Super Active Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
5,905
Reaction score
1,871
Points
151
Marah kot org potong Q

Rupanya marah punya marah diri tu xdaftar pon hahahaha
Yang anti vaksin, tapi malu nak ngaku anti vaksin, kata kena potong q la, kata my sejahtera ada glitch...

Ada jugak anti vaksin, pastu kata nak pfizer saja, guna alasan tunggu pfizer...
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,497
Reaction score
905
Points
171
Yang anti vaksin, tapi malu nak ngaku anti vaksin, kata kena potong q la, kata my sejahtera ada glitch...

Ada jugak anti vaksin, pastu kata nak pfizer saja, guna alasan tunggu pfizer...
Aku tak rasa kat Malaysia ada ramai sgt yg betul2 anti vaksin. Aku percaya semua tu sebenarnya penakut vaksin/jarum. Berlindung di sebalik nama anti-vaksin.
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,885
Reaction score
513
Points
81
x paham dgn ustaz2 yg anti vaksin ni..bila bab agama depa kata x dak ilmu jgn pandai2 ckp, tp depa boleh plak ckp bab perubatan ni..konfiden plak tu sebar kt org.
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,509
Reaction score
2,574
Points
201
Memang kebanyakan agamawan anti vaksin..terpengaruh dgn cerita2 karut marut anti yahudi sbb nak jual produk agama mereka
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register