Laporan polis dibuat dakwaan 'menteri ingkar kuarantin'

CG Sponsors




Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
5,217
Reaction score
608
Points
121
Ada byk berita tentang hal ni. Akan saya update kalau ada kesempatan. Cuma menjadi persoalan dri mana dpt bukti menteri keluar negara? Adakah maklumat dibocorkan pegawai kerajaan, sahihkah maklumat ni sebab sesetengah orang tak terima sumber2 dri media sosial.

BERITA
Laporan polis dibuat dakwaan 'menteri ingkar kuarantin'
BERITA


...........
 
Sponsored Post

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
5,217
Reaction score
608
Points
121
Teresa dakwa menteri pulang dari Turki tidak jalani kuarantin

18 Aug 2020
798975.jpg

MOHD HAFIZ ISMAIL
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.
Beliau yang juga bekas Menteri Perindustrian Utama berkata, Khairuddin pada Julai lalu berkunjung ke Turki dan kini telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 Julai beliau datang ke Parlimen.
"Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang). Sekarang ni ada menteri kabinet tidak ikut (peraturan yang ditetapkan)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 21 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan semula arahan kuarantin wajib kepada mereka yang memasuki Malaysia.
Keputusan berkenaan dibuat susulan peningkatan kes positif dalam kalangan kumpulan yang pulang dari luar negara.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,086
Reaction score
1,652
Points
206
Utk mnjaga kepentingan diri kluarga Dan masyarakat, maka eloklah menteri tu korentin diri di rumah 14hari sbg contoh pd masyarakat.

Tak poie kojo pun gaji dapek ekekeke 😁

Kan?
 

Luke

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
5,217
Reaction score
608
Points
121
Khairuddin negatif Covid-19 lepas pulang dari Turki
19/08/20 | 02:57 pm


Sumber yang dekat dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali mendakwa bahawa menteri itu menjalani pemeriksaan dan ujian khas dan ujian Covid-19 semasa tiba di tanah air pada 7 Julai setelah lawatan ke Turki.

Sinar Harian memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa kira-kira lima jam dan hasil ujiannya negatif.

Menurut sumber itu, Khairuddin ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Namun, untuk rekod, ketika lawatan Khairuddin, lebih daripada 5,600 kes Covid-19 baru dan 93 kematian dilaporkan di Turki.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
5,949
Reaction score
429
Points
91
khairuddin takiri - khairudding tak kuarantin diri:ROFLMAO:

credit ttkm

bolehla tangkap, denda, penjara.. kami nk mengundi lg
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,138
Reaction score
950
Points
121
Nie menteri pun tunjuk tauladan xelok mcm mn la rakyat nk ikut
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,920
Reaction score
1,691
Points
151
Menteri mesti tunjuk teladan baik, kata Ahmad Shabery
Tidak mudah untuk bergelar menteri - itu yang dinyatakan seorang ahli politik kanan dan bekas anggota kabinet, Ahmad Shabery Cheek, hari ini.

Sudah tentu bercakap berdasarkan pengalamannya, Ahmad Shabery berkata, dia diajar bahawa dengan adanya pengenalan sebagai seorang menteri tanggungjawab yang dipikul jauh lebih berat berbanding orang biasa.

"Kena tunjuk teladan terbaik. Langsung tak boleh langgar peraturan dan undang-undang. Susah!" katanya melalui hantaran di media sosial pagi ini.

Tanpa merujuk atau memetik nama sesiapa, hantaran bekas menteri di itu sudah tentu menarik perhatian kerana ia dibuat ketika orang ramai menyatakan rasa berang terhadap salah seorang anggota kabinet Muhyiddin Yassin sekarang.

Baru-baru ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, didapati tidak melakukan kuarantin kendiri walaupun ia ditetapkan begitu oleh kerajaan Malaysia untuk sesiapa saja yang baru pulang dari luar negara.

Hal mengejutkan itu didedahkan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, di Dewan Rakyat pada 18 Ogos lalu. Kata wakil rakyat DAP itu, Khairuddin berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai.

Dia kemudian hadir di Dewan Rakyat pada 13 Julai iaitu kurang dari 14 hari daripada tempoh kuarantin wajib yang ditetapkan kerajaan.

Untuk rekod 13 Julai adalah tarikh Muhyiddin Yassin mengemukakan usul menggantikan Mohamad Ariff Md Yusof dengan Azhar Harun sebagai speaker Dewan Rakyat.

Polis pun tak tahan

Melalui usul berkenaan kerajaan Perikatan Nasional mencadangkan agar Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya.

Dalam undian tersebut, usul dibawa Muhyiddin menang dengan kelebihan undi yang tipis, iaitu 111 menyokong berbanding 109 menolak.

Mengulas isu kuarantinnya, Khairuddin pada 20 Ogos dipetik Harian Metro sebagai enggan memberikan komen lanjut sebaliknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memberikan jawapan.

Tunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan tunggu saja kenyataan termasuk keputusan rasmi ujian Covid-19 KKM," kata salah seorang ulama kanan PAS itu.


Setakat berita ini ditulis, KKM belum ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status Khairuddin.

Sebelum ini pada 14 Ogos lalu seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 kerana disabitkan bersalah melanggar arahan kuarantin yang ditetapkan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ahmad Shabery berkata dia pernah dimaklumkan oleh kawannya bahawa perkataan "Menteri" yang tertera pada kenderaan anggota kabinet membuka banyak ruang kemudahan.

"Senang nak parking di mana-mana. Kalau bawak laju pun polis tak tahan.

"Saya kata, cikgu saya ajar, kalau ada perkataan itu, bebannya lebih besar," katanya.

——-
Kepimpinan melalui teladan
kita umat islam mesti menjd contoh pd yg bukan islam
Akhlak yg baik menjd kan mereka tertarik pd agama kita
 

g-man

Active+ Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
4,738
Reaction score
630
Points
81
Kenakan tindakan, mana² individu tak kira la Menteri ke ape ke, kerajaan ke pembangkang ke...salah tetap salah, sila ambil tindakan.
 

silasroon

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
3,437
Reaction score
990
Points
81
Delete....salah fakta...sorry...kikiki
 
Last edited:

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
70,853
Reaction score
11,089
Points
1,906
1597998944305.png


Ingkar SOP: Tak boleh orang atas tak ditangkap, orang bawah kena gari
Ramieza Wahid
Diterbitkan Hari ini 4:18 pm

Dikemaskini Hari ini 4:23 pm

Tidak boleh ada tindakan dua darjat ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan wabak Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali.
Menurut Noor Azmi tidak ada sesiapa yang terlepas daripada tindakan jika terbukti mereka melanggar undang-undang ditetapkan kerajaan.

“Dalam isu ini tidak ada dua darjat.

“Tidak ada yang atas terlepas, orang bawah terkena; tidak ada orang di atas tak kena tangkap, orang bawah kena gari... tak boleh macam itu," katanya seperti dipetik portal Sinar Harian hari ini.

Noor Azmi berkata demikian sebagai mengulas kemunculan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali, di Dewan Rakyat hanya kira-kira seminggu selepas pulang dari Turki.
Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan, seseorang yang baru tiba dari luar negara perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. Pada tarikh kepulangan Khairuddin, kerajaan masih membenarkan kuarantin kendiri.
Bagaimanapun selepas beberapa kes ingkar arahan itu dikesan, kerajaan mengenakan kuarantin wajib di pusat yang ditetapkan.

Untuk rekod seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan denda RM8,000 kerana gagal menjalani kuarantin kendiri.

Contohi kenamaan negara luar
Khairuddin yang juga salah seorang ulama terkenal PAS setakat ini engga mengulas mengenai keingkaran tersebut dan meminta orang ramai menunggu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sehingga semalam, Facebook Khairuddin turut dikemas kini dengan pelbagai aktivitinya bertemu orang ramai sebelum ia dipadamkan kemudian.

Khairuddin didakwa berada di Turki dari 3 hingga 7 Julai dan hadir di Dewan Rakyat pada 13 Julai.

Noor Azmi berkata kerajaan juga akan menjalankan siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesiapa saja yang terlibat, termasuk dalam kalangan menteri.

1597998993970.png



 
Sponsored Post
Top
Log in Register