Lapor polis kes remaja buli warga emas

CG Sponsors




GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,904
Reaction score
1,232
Points
201
Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.
makcik kene cek DNA anak sepupu makcik tu... mungkin bukan manusia tu
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,090
Reaction score
1,722
Points
151
Mari la kita tgk
Awek liberal neg menyantuni orang tua

lebih islam drp negeri kita huhu

itu la da bgtau, islam liberal lebih baik sebenarnya hahah
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,054
Reaction score
154
Points
33
Dua lelaki mengaku salah lastik warga emas

lastik_1602051585.jpg

BACHOK: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melastik seorang warga emas sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohammad Roslan Abdullah, 18, dan Muhammad Aziman Peli, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Mahkamah menetapkan 5 November untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Mohd Dinie Shazwan memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke rumah keluarga Muhammad Roslan bagi melengkapkan laporan sosial.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wan Bidah Wan Deraman, 67, dengan cara melastik tangan kiri mangsa dalam kejadian di Kampung Banggol Pauh, jam 8.10 malam Khamis lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Gayathri Sambath manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Zuraidah Abdul Aziz dan Hafilah Hamzah.


== bharian
 
Sponsored Post
Top
Log in Register