Lapangan Terbang Taiwan Tawar Penerbangan Palsu Untuk Yang Rindu Bercuti

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,501
Reaction score
3,410
Points
236
04.07.2020 - Global, Sejak penularan COVID-19, industri pelancongan adalah salah satu sektor yang teruk terjejas. Ekoran pergerakan yang terhad, kita tidak lagi dibenarkan ke luar negara sewenang-wenangnya. Oleh itu, ramai yang mengadu mereka mula ‘rindu’ untuk pergi bercuti.

Rentetan daripada situasi tersebut, salah sebuah lapangan terbang di Taiwan kini dilaporkan menawarkan pengalaman penerbangan palsu buat pelancong mahu bercuti. Difahamkan, pengalaman penerbangan ini adalah sama seperti penerbangan biasa. Mereka akan menjalani rangkaian proses pemeriksaan kawalan dan keselamatan, mendapat pas masuk seperti biasa, bahkan juga menaiki pesawat cuma tidak akan terbang keluar ke mana-mana. Ia sekadar memberikan pengalaman seakan pergi bercuti ke luar negara yang telah lama tidak dapat dilakukan.

Penawaran perkhidmatan ini dikatakan akan dikembangkan dari semasa ke semasa dan ia adalah salah satu inisiatif untuk pencegahan wabak ini. Apa yang ditawarkan ini mengingatkan kami kepada perkhidmatan menyewa jet peribadi di Rusia untuk mereka yang ingin menunjuk-nunjuk di media sosial. Kerana persepsi di media sosial lebih penting dari realiti, perkhidmatan seperti ini mendapat perhatian insan yang menggelar diri mereka pemangkin media sosial.

Berita asal https://www.reuters.com/article/us-...hts-for-travel-starved-tourists-idUSKBN2430RV
 
Top
Log in Register