Lapangan terbang di AS tergendala, lelaki tidak dikenali lepasi kawalan keselamatan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
NEWARK (New Jersey): Pihak berkuasa menangguhkan jadual penerbangan dan mengarahkan penumpang untuk diimbas semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, malam semalam, apabila seorang lelaki melepasi laluan keluar sistem imbasan pemeriksaan ke bahagian selamat di terminal terbabit.

Jurucakap Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, Ann Davis dalam kenyataannya, berkata seorang lelaki dilihat berjalan turun ke laluan keluar di Terminal C pada jam 5.30 petang.

Beliau berkata, proses pemeriksaan menerusi sistem imbasan tergendala di terminal Continental apabila pihak berkuasa membuat penilaian menerusi pita pemantauan bagi mengenal pasti lelaki berkenaan.

Katanya, penumpang dipindahkan ke tempat selamat di terminal terbabit dan dipindahkan ke kawasan terbuka untuk diperiksa semula bagi memastikan setiap penumpang yang memasuki pesawat diperiksa sepenuhnya.

"Susulan kejadian itu, laluan keselamatan kosong dan penumpang menunggu di kawasan daftar masuk," katanya.

Sehingga jam 9.45 malam, tiada pengumuman dibuat menerusi sistem pengumuman awam sehingga menyebabkan penumpang meluahkan kekecewaan selepas hanya menerima arahan daripada pegawai keselamatan. - AP
 
Sponsored Post

rznn

Fun Poster
Joined
Aug 31, 2008
Messages
146
Reaction score
0
Points
15
ako pernah kene tahan 8 jam kat sini... sebab aper ...? sebab namer ader "mohamad" .... **** org putih nih .. dia g bom2 tempat org pastu sendiri takut....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register