BTC USD 40,504.0 Gold USD 1,800.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi esok - Wee

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,634
Reaction score
13,922
Points
2,376
60b99520d09f997513275c52faaa703460abb1247cfc2.jpg

SIBU, 16 Jun - Hasrat penduduk Mukah untuk melihat kemajuan berterusan di bandar nelayan itu bakal tertunai apabila lapangan terbang baharu yang dibina pada 2017 akan mula beroperasi secara rasmi esok.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pendaratan pertama akan menyaksikan pesawat MASwings MH3553 DHC6 Vikings dari Miri pada 9.10 pagi dan penerbangan pertama MH3412 ke Kuching pada 9.30 pagi.

“Projek pembinaan lapangan terbang tersebut di lokasi baharu tujuh kilometer dari pusat bandar Mukah, dimulakan sejak 11 Ogos 2017 menggantikan STOLport Mukah dengan kapasiti baharu iaitu 265,000 penumpang setahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lapangan terbang itu antara lainnya dilengkapi bangunan terminal baharu seluas 3,125 meter persegi, landasan sepanjang 1,500 meter dan lebar 30 meter, sistem pemantauan angin dan jarak penglihatan landasan, sistem navigasi radio dan sistem pencahayaan pendekatan sederhana.

“Lapangan Terbang Baharu Mukah direka bentuk untuk memberikan keselesaan dan menepati kehendak rakyat Mukah menggunakan perkhidmatan udara luar bandar yang menjadi nadi kepada pergerakan penumpang dan barangan di kawasan terbabit,” katanya.

Wee berkata lapangan terbang baharu ini akan menyokong pembangunan di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dengan memudahkan pergerakan sektor perdagangan dan eksport produk tempatan di daerah Mukah.

“Pembangunan Lapangan Terbang Baharu Mukah juga akan menyokong pembangunan daerah itu sebagai hab pendidikan, pusat penyelidikan serta aktiviti di Taman Perindustrian Matadeng,” katanya.

Beliau berkata pengoperasian lapangan terbang ini juga diharap dapat memudahkan lagi akses pembekalan vaksin COVID-19 ke kawasan-kawasan pedalaman seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan dalam membina imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

-- BERNAMA


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,634
Reaction score
13,922
Points
2,376
FB_IMG_1623861797956.jpg

FB_IMG_1623861800284.jpg
FB_IMG_1623861802348.jpg

FB_IMG_1623861805342.jpg


Lapangan terbang baharu Mukah mula beroperasi esok - Wee

Pendaratan pertama akan menyaksikan pesawat MASwings MH3553 DHC6 Vikings dari Miri pada 9.10 pagi dan penerbangan pertama MH3412 ke Kuching pada 9.30 pagi.


📸 Ministry of Transport Malaysia
 

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,552
Reaction score
4,307
Points
201
Agak rugi skrng sebab dlm keadaan covid.
Tapi lepas ni mmg rancak.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,634
Reaction score
13,922
Points
2,376
Agak rugi skrng sebab dlm keadaan covid.
Tapi lepas ni mmg rancak.

Sekurang² nya ada jugak lapangan terbang untuk merancakkan perkembangan ekonomi setempat
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,634
Reaction score
13,922
Points
2,376
PEMBANGUNAN | lapangan Terbang Baharu Mukah Dibuka Hari Ini

Hasrat penduduk Mukah untuk melihat kemajuan berterusan di bandar nelayan itu bakal tertunai dengan Lapangan Terbang Mukah Baharu (MKM) bernilai RM300 juta mula dibuka hari ini.

Lapangan terbang baharu ini akan membantu meningkatkan lagi hubungan bandar pesisir dan kawasan sekitarnya di Sarawak.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register