BTC USD 39,017.7 Gold USD 1,816.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lapan mat rempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,497
Reaction score
323
Points
51

WhatsApp-Image-2021-06-14-at-11.56.11-AM.jpeg

BALING: Seramai lapan lelaki yang sedang merempit ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kesemua penunggang motosikal yang berusia antara 16 hingga 25 tahun itu ditahan dalam operasi tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.

Menurutnya, mereka ditahan selepas didapati menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya serta dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Kesemua lapan individu itu juga dikompaun di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021 kerana keluar rumah tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, beliau memberitahu, seramai tujuh lagi penunggang motosikal turut ditahan dalam operasi itu kerana melakukan pelbagai kesalahan trafik.

“Sebanyak 22 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap ke semua individu tersebut dan sebuah motosikal telah disita atas kesalahan trafik,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa serta penjaga mereka yang ditahan juga diberi nasihat agar mengawal aktiviti anak-anak mereka supaya tidak terlibat dengan samseng jalanan dan sentiasa memastikan anak-anak kekal di rumah pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi bagi membenteraa samseng jalanan yang mengganggu pengguna jalanraya lain dan tindakan tegas akan diambil ke atas kesalahan mereka yang terlibat,” ujarnya.


== UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

pinjamankereta2013

Active Member
Joined
Feb 8, 2013
Messages
1,757
Reaction score
300
Points
51
Merempit
Tangkap
Nak motor semula.. sila tukar semua kepada standard semula..xleh tukar.. sita terus

Saman.. teruskan saman
Lesen...batalkan lesen... sila g amik lesen semula
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register