hiduprakyat
Super Active Member

- Messages
- 9,003
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 9,003
- Reaction score
- 588
- Points
- 121
Lapan beranak cemas selepas siling rumah tiba-tiba runtuh
LAPAN beranak berdepan detik cemas apabila siling rumah tiba-tiba runtuh selepas hujan lebat di Kampung Matang, Kuala Berang, Terengganu, kelmarin.
Rakaman kejadian itu tular selepas dikongsikan @qilskye di laman TikTok dan sehingga kini telah ditonton lebih 5.9 juta kali sejak dimuat naik semalam.
Bercerita kepada UtusanTV, Nur Zafirah Khairul Idzhar, 29, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia dan keluarga sedang mengemas barang untuk pulang ke kediaman masing-masing yang terletak di Kelantan dan Perak.
Katanya, dia dan keluarga pulang ke kampung halaman kerana neneknya yang lebih mesra dipanggil ‘Ma’ berangkat menunaikan ibadah umrah pada Isnin lalu.
Jelasnya, ketika kejadian berlaku, neneknya telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sehingga kini tidak mengetahui mengenai kejadian runtuhan siling tersebut.
Baca : Siling Queensbay Mall runtuh akibat hujan lebat
“Sebelum video dirakam, kami ada dengar bunyi dari siling jadi saya rakam kejadian tersebut sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada bapa saudara.
“Kami fikirkan bunyi tersebut datang daripada kontraktor pembinaan yang berada di tingkat atas tetapi setelah periksa, saya dapati tiada siapa pun,” katanya.
Jelas Zafirah, pada mulanya bunyi retakan datang dari arah tempat letak televisyen di ruang tamu, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat.
Katanya, ibu dan ayah yang risau akan situasi tersebut meminta untuk mematikan kipas dan lampu.
“Kalau tengok video, wanita bertudung biru itu adalah adik bongsu saya yang mundar mandir di kawasan ruang tamu kerana mahu menutup suis elektrik.
“Kami tidak sangka kawasan tersebut akan runtuh dan terus berlari ke kawasan rumah kayu,” jelasnya.
Cerita Zafirah lagi, kawasan rumah batu itu baru dibina kira-kira 10 tahun lalu di sebelah rumah kayu yang berusia lebih 50 tahun.
Katanya, siling tersebut tiada tanda-tanda keretakan namun terdapat kebocoran setiap kali hujan melanda.
Menurutnya, kejadian runtuhan itu dipercayai berlaku kerana besi pemegang siling telah reput akibat terkena air hujan.
“Bila kami buat pembersihan, didapati siling basah.
“Kami bersyukur kejadian berlaku ketika Ma tiada di rumah kerana kawasan runtuhan siling itu adalah tempat Ma selalu berehat dan tidur.
“Semalam, kami telah buat kerja-kerja pembersihan rumah dan membuang kipas yang sudah tidak dapat lagi digunakan.
“Kami juga terpaksa potong wayar kerana risau akan berlaku renjatan elektrik. Kerugian yang dialami bagaimanapun tidak dapat dipastikan,” ceritanya.
Menurut Zafirah, dia dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi masih trauma.
“Semua terus pindah di kawasan rumah kayu. Keadaan hujan yang masih tidak berhenti membuatkan kami risau siling akan runtuh lagi.
“Setakat ini belum ada perancangan untuk baiki siling kerana musim hujan. Kami tunggu cuaca baik sedikit untuk baiki apa yang perlu,” ujarnya.
#UtusanTV