BTC USD 27,822.7 Gold USD 1,959.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Lantik Zahid, Anwar tidak berpegang kepada kedaulatan undang-undang'

Sponsored Post

synyster

Super Active Member
gem
Messages
7,948
Top Poster #8
Joined
Nov 29, 2010
Messages
7,948
Reaction score
1,303
Points
151
Apa xlayak plk bnyk ja jasa ja kt negara nie....jasa bang bnyk ka hehehe
Apa punya soalan ni tuan. Setiap kita berjasa ikut tahap strata sosial masing2.

Xkan nk bandingkan jasa seorang marhein dgn seorang perdana Menteri?

jasa kita berkadaranlah dgn tanggungjawab kita. Adakah sbb kita seorang guru, xpernah bagi idea utk bina KLCC, Putrajaya, tentukan dasar negara maka kita x berjasa kpd negara?

Adakah sbb kita cuma pekerja majlus bandaraya, kita tiada jasa?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
405,489
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
405,489
Reaction score
28,236
Points
2,836
Awards
2
Tanya je ye,memandangkan Pm pun umur dah penghujung nyawa.kalau dia tiba2 dah sampai ajal,tuan hj zahid hamidi boleh terus jadi Pm ke?

Rasanya TPM akan ganti jadi PM
Kalau YDPA kena undi balik rasanya untuk YDPA baru
Untuk PM tak pasti
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1
Ia kerana Anwar merupakan individu yang dikenali dengan perjuangan reformasi dan nilai integriti dalam pentadbiran negara. - Mohammad Tawfik

'Lantik Zahid sebagai TPM, impak buruk buat Anwar'​

08 Disember 2022 07:24amMasa membaca: 2 minit

2014750.jpg

Tawfik ketika Program Sinar Live


SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dilihat bakal memberi impak buruk kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, ia kerana Anwar merupakan individu yang dikenali dengan perjuangan reformasi dan nilai integriti dalam pentadbiran negara.


Ujarnya, tindakan beliau melantik individu yang terpalit dengan kes mahkamah seperti Ahmad Zahid akan merisikokan sokongan masyarakat terhadap partinya.
“Anwar kena lihat dalam keadaan nak mereformasikan negara jangan calarkan keadaan tersebut.
“Pelantikan Ahmad Zahid sebagai TPM secara undang-undangnya sah tetapi daripada sudut nilai integriti adalah salah,” kata beliau dalam Program Sinar Live: Masa untuk realisasi manifesto pada Rabu.

Turut serta sebagi panel dalam program Sinar Live, Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Atyrah Hanim Razali.

Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa kedudukan kes Ahmad Zahid tidak seharusnya menjadi isu dalam pelantikannya sebagai TPM.

Ia kerana, beliau belum dibuktikan bersalah oleh mana-mana mahkamah.


Sementara itu, Mohammad Tawfik dalam program itu mencadangkan supaya pilihan raya dijalankan pada hari cuti.
Jelas beliau, ia sebagai memudahkan pengundi terutama dari luar kawasan untuk keluar mengundi.

“Kalau bagi negeri yang hari cutinya seperti Kedah iaitu pada Jumaat dan Sabtu maka hari mengundi itu wajar dibuat pada Sabtu, sebab Jumaat singkat, kalau bagi negeri seperti Pahang dan sebagainya, hari mengundi boleh dibuat sama ada pada Sabtu atau Ahad,” tambahnya.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register