BTC USD 27,817.7 Gold USD 1,959.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Lantik Zahid, Anwar tidak berpegang kepada kedaulatan undang-undang'

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1

'Lantik Zahid, Anwar tidak berpegang kepada kedaulatan undang-undang'​

Disember 7, 2022 @ 2:40pm

 Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dianggap tidak berpegang kepada kedaulatan undang-undang atau 'rule of law' apabila melantik seseorang yang sedang berdepan kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, tindakan Anwar melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebagai TPM adalah sesuatu yang janggal dan tidak memungkinkan usaha kerajaan membersihkan negara daripada gelaja rasuah dan kleptokrat.

"Ya, betul belum dihukum tetapi orang ini sudah dihadapkan ke mahkamah, kalau kita ada orang sebegini jadi pemimpin, akan rosaklah negara kita.
"Saya berpendapat, kalau kita nak bersihkan negara kita tidak boleh pilih orang yang semua orang berpendapat dia seorang yang melakukan jenayah.




"Jadi saya hairan bagaimana Anwar boleh pilih orang ini walaupun dia pemimpin parti tetapi dia menghadapi tuduhan di mahkamah. Ya betul tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Tetapi kalau dia dihadapkan dengan satu-satu kes itu sudah menunjukkan dia (Ahmad Zahid) tidak layak jadi pemimpin," katanya melancarkan buku 40 tahun Dasar Pandang ke Timur di ibu negara hari ini.

Beliau mengulas penubuhan Kerajaan Perpaduan membabitkan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan beberapa Ahli Parlimen lain.

Ahmad Zahid dilantik sebagai TPM oleh Anwar ketika mengumumkan barisan 28 anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 2 Disember lalu.
Mahkamah Tinggi pada 24 Januari lalu, memerintahkan bekas Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan terbabit.

Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.
Prosiding bela diri Ahmad Zahid yang berjalan sehingga 2 November lalu, ditangguhkan hingga disambung semula pada Januari depan.

Sequerah membenarkan penangguhan prosiding dan menetapkan perbicaraan didengar selama 21 hari iaitu pada 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari, 7 hingga 9 Februari, 27 hingga 30 Mac, 10 hingga 13 April dan 15 hingga 18 Mei 2023.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,359
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,359
Reaction score
22,479
Points
2,866
Awards
1

Najib Razak

20m ·


Poda.

Mahathir kata Anwar tak berpegang kepada "rule of law" sebab lantik Zahid yang sedang menghadapi kes mahkamah (yang dimulakan Mahathir setelah Zahid tak turut perintah Mahathir untuk bubar UMNO).

Ini bermakna bahawa Mahathir juga tak berpegang kepada "rule of law" sebab dia pernah lantik Guan Eng yang turut menghadapi kes rasuah mahkamah sebagai Menteri Kewangan untuk jaga duit Rakyat.

Siap berpura-pura turut terkejut apabila SPRM keluarkan kenyataan terkejut bahawa kes Guan Eng digugurkan separuh jalan.

Poda x 2.

1670400915619.png
 
Last edited:

aim02Aug

Legendary Member
gem
Messages
11,138
Joined
Sep 5, 2011
Messages
11,138
Reaction score
2,055
Points
261
Awards
1
cuba rakyat marhaen cari kerja jika ada pertuduhan mahkamah wajib x dapatkan job kan?

juga bila penjawat awam/ pekerja swasta kena pertuduhan mahkamah - kena gantung kerja, hold salary & buang kerja kan??

dabel standard

igt ye pekerja semua jika anda ada pertuduhan majikan gomen xleh ambil tindakan terhadap anda

kredit to bam @Quecha

1670402396097.png
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register