BTC USD 95,014.9 Gold USD 3,338.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lantik Thaksin penasihat Anwar tak munasabah dan membingungkan - PAS

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,857
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,857
Reaction score
6,916
Points
881
Awards
1
Lantik Thaksin tak munasabah dan membingungkan

Izwan Abdul HalimDecember 18, 2024
KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan memandang serius keputusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, sebagai penasihat peribadi bagi Kepengerusian ASEAN 2025.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya berkata, tindakan itu bukan sahaja luar biasa, tetapi juga menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan rasional, moral dan logik di sebalik keputusan tersebut.

“Thaksin Shinawatra bukan sekadar tokoh kontroversi tetapi juga bekas pemimpin yang terpalit dengan skandal salah guna kuasa dan rasuah.

“Walaupun beliau menerima pengampunan diraja, rekod masa lalunya tetap mencerminkan ketidakwajaran pelantikannya dalam posisi strategik seperti ini.

“Apakah kriteria sebenar yang digunakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam memilih beliau?” persoalnya dalam satu kenyataan.

Azhar berkata, pelantikan seorang bekas pemimpin asing sebagai penasihat ASEAN menimbulkan persoalan mengenai kebijaksanaan Perdana Menteri dalam menghargai kebolehan dan kepakaran rakyat Malaysia serta pakar dari kalangan ASEAN sendiri.

Beliau mempersoalkan sama ada Thaksin memiliki kebijaksanaan yang melebihi pakar hubungan antarabangsa, diplomat berpengalaman, atau tokoh akademik serantau.

Tindakan itu menurutnya dilihat sebagai satu ‘mujamalah’ politik yang tidak memberi manfaat kepada kepentingan negara mahupun ASEAN.

“Adakah pelantikan ini benar-benar untuk kepentingan ASEAN atau hanya untuk kepentingan politik peribadi Perdana Menteri? Pemilihan Thaksin seolah-olah mencerminkan solidariti sesama individu yang berkongsi naratif ‘penganiayaan politik’.

“Rakyat berhak bertanya sama ada ASEAN kini dijadikan medan politik peribadi Anwar Ibrahim untuk menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Selain itu katanya, pelantikan itu bukan sahaja mencalarkan imej Malaysia sebagai negara berintegriti, tetapi juga menimbulkan keraguan terhadap prinsip ASEAN yang sepatutnya mengutamakan kepakaran dan kebolehpercayaan individu dalam pengurusan diplomasi serantau.

Ulasnya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 seharusnya menampilkan kebijaksanaan kepimpinan dan ketelusan, bukan langkah yang membingungkan serta mencetuskan persepsi negatif.

Justeru itu, beliau mendesak Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan penjelasan terbuka dan menyeluruh mengenai asas serta tujuan pelantikan Thaksin Shinawatra sebagai penasihat peribadi ASEAN.

“Rakyat berhak mengetahui justifikasi di sebalik keputusan ini, apakah kriteria pemilihan Thaksin? Apakah peranan khusus yang akan dimainkan beliau? Apakah faedahnya kepada Malaysia dan ASEAN?” persoalnya.

Ustaz Azhar berkata keputusan itu menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Beliau menasihatkan Anwar bahawa, sebagai pemimpin negara seharusnya meletakkan kepentingan rakyat dan negara di hadapan, bukan melakukan tindakan yang lebih bersifat simbolik dan politik peribadi.

Malaysia katanya memerlukan kepimpinan yang berwibawa, berprinsip, dan bebas daripada unsur-unsur yang mencalarkan integriti negara di mata dunia. – HARAKAHDAILY 18/12/2024
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register