hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 17,507
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 17,507
- Reaction score
- 1,185
- Points
- 201
Lans Koperal dituduh peras wanita
Seremban: Lans Koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memeras seorang wanita sebanyak RM500 jika tidak mahu ditangkap, Oktober tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Muaz Md Subri, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, dia sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada seorang wanita tempatan berusia 31 tahun bahawa satu bencana iaitu ditangkap polis akan berlaku kepada mangsa.
Dengan demikian mendorong mangsa menyerahkan harta iaitu wang berjumlah RM500 kepada tertuduh di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Nilai, jam 9.30 malam, 17 Oktober 2023.
Justeru, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norshafatihah Nor Azmi mencadangkan wang jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Noor Azizi Abdull Aziz memohon mahkamah menetapkan jaminan paling rendah kerana tertuduh menanggung isteri dan enam anak.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM3,000 dan menetapkan sebutan semula pada 22 Oktober ini.
Kredit Harian Metro