BTC USD 47,020.5 Gold USD 1,754.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lans Koperal Di Dakwa Terima Rasuah RM250

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,375
Reaction score
4,150
Points
236
26.07.2021 - Ipoh, Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM250. Tertuduh, Lans Koperal Abdul Hadi Abu Bakar, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya di bacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan, Abdul Hadi yang merupakan anggota polis dari kumpulan sokongan di bahagian kereta peronda polis (MPV), Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah secara rasuah memperolehi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM50.

Sogokan itu diterima daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak membawanya dan pasangan yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat ke balai polis. Perbuatan tersebut dilakukan bapa kepada dua anak itu di tempat letak kereta di Taman D. R. Seenivasagam pada pukul 2 pagi, 30 Disember 2019. Lelaki terbabit turut didakwa bagi pertuduhan kedua iaitu menerima suapan berjumlah RM200 daripada lelaki sama atas kesalahan khalwat.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di belakang bangunan Restoran Nasi Kandar di Taman Fair Park antara pukul 12.30 hingga 12.45 tengah hari, 5 Januari 2021. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
1627283400946.png
 
Sponsored Post

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,453
Reaction score
794
Points
171
tak berbaloi.. dapat malu hilang kerja
 

a b c d e f

Super Active Member
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,083
Reaction score
967
Points
121
Yang memberi dan yang menerima dua2 rela.
Kes tanpa mangsa.
Camne boleh tertangkap ye?
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,127
Reaction score
14,981
Points
2,376
26.07.2021 - Ipoh, Seorang anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM250. Tertuduh, Lans Koperal Abdul Hadi Abu Bakar, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya di bacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan, Abdul Hadi yang merupakan anggota polis dari kumpulan sokongan di bahagian kereta peronda polis (MPV), Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah secara rasuah memperolehi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM50.

Sogokan itu diterima daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak membawanya dan pasangan yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat ke balai polis. Perbuatan tersebut dilakukan bapa kepada dua anak itu di tempat letak kereta di Taman D. R. Seenivasagam pada pukul 2 pagi, 30 Disember 2019. Lelaki terbabit turut didakwa bagi pertuduhan kedua iaitu menerima suapan berjumlah RM200 daripada lelaki sama atas kesalahan khalwat.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di belakang bangunan Restoran Nasi Kandar di Taman Fair Park antara pukul 12.30 hingga 12.45 tengah hari, 5 Januari 2021. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
1627283400946.png

MAHKAMAH | Lans Koperal Didakwa Terima Rasuah RM250

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM250 daripada individu yang ditangkap atas kesalahan khalwat pada tahun 2019 dan tahun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register