BTC USD 95,590.2 Gold USD 2,894.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Langkah strategik Azmin tak tanding pemilihan Bersatu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,610
Top Poster #6
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,610
Reaction score
6,736
Points
881
Awards
1
Langkah strategik Azmin tak tanding pemilihan Bersatu

Penganalisis berkata keputusan Azmin Ali tidak bertanding dilihat langkah taktikal selepas dipersalahkan atas prestasi buruk PN dalam PRK baru-baru ini.

Elill Easwaran12 Oct 2024, 08:30 AM
azmin
Azmin Ali tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan Bersatu 2 Nov ini tetapi mungkin mengambil alih jawatan setiausaha agung. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Keputusan Ketua Penerangan Bersatu Azmin Ali tidak bertanding pemilihan Bersatu bulan depan mungkin langkah strategik untuk menilai semula kedudukannya dalam parti, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, ketua Bersatu Selangor itu mungkin bertindak demikian bagi mengelakkan potensi cabaran kepimpinan kerana beliau masih mempunyai pengaruh dalam parti, tetapi tidak sehebat dahulu.

“Ramai pemimpin politik berdepan pasang surut dalam kerjaya mereka. Bagi Azmin, ini boleh menjadi detik untuk mengkaji diri dan perubahan strategik.

Awang Azman Pawi
Awang Azman Pawi.
Jika beliau boleh menunjukkan kepimpinan kukuh dan membina semula sokongan, beliau mungkin masih mempunyai peranan dalam masa depan Bersatu,
katanya sambil menambah bekas menteri besar Selangor itu mungkin menunggu masa sebelum mengambil langkah seterusnya.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) dipersalahkan pihak tertentu atas prestasi buruk gabungan itu dalam PRK baru-baru ini.

Pada 28 Sept lalu, calon PN Haizan Jaafar daripada Bersatu mengalami kekalahan teruk kepada wakil Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah pada PRK Mahkota. Calon Umno itu menang dengan majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar daripada margin kemenangan pada PRN dua tahun lalu.

Play

Mahkota adalah PRK ke-10 sejak 2022 dan Bersatu mewakili PN dalam empat daripada 10 PRK tetapi kalah semuanya.

Selain Mahkota, yang mengalami kekalahan paling teruk, parti itu juga kehilangan kerusi Parlimen Pulai di Johor tahun lalu dengan majoriti 18,641 undi serta DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor (3,869 undi) dan Nenggiri di Kelantan (3,352 undi).

Awang Azman berkata, kekalahan PN perlu dilihat dalam konteks lebih luas dari segi cabaran semasa Bersatu, bukan sekadar mencerminkan kedudukan peribadi Azmin kerana kekalahan itu tamparan kepada parti dan ‘bukan hanya Azmin’.

Politik Malaysia terkenal dengan ketidakpastian. Pemimpin dianggap ‘putus asa’ sering membuat kemunculan semula apabila berlaku perubahan dalam dinamik politik atau dengan penjajaran semula strategi yang betul.

Azmin tidak bertanding pemilihan Bersatu pada 2 Nov ini, tetapi spekulasi bertiup kencang beliau akan mengambil alih tugas Hamzah Zainudin sebagai setiausaha agung baharu.

Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin disahkan kekal sebagai presiden Bersatu tanpa bertanding dalam pemilihan parti. Hamzah juga menang tanpa bertanding jawatan timbalan presiden.

Hamzah akan menggantikan Ahmad Faizal Azumu, yang bertanding satu daripada tiga kerusi naib presiden. Faizal berdepan saingan daripada penyandang Radzi Jidin dan Ronald Kiandee serta Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris, Adun Kuang Rafiq Abdullah dan Ketua Bersatu Batu Kawan Aziss Zainal Abiddin.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, ketiadaan Azmin dalam senarai calon pemilihan Bersatu tidak patut dilihat sebagai petunjuk kerjaya politiknya sudah berakhir.

Katanya, BN memegang kerusi Mahkota dari 2004 hingga 2018 dan walaupun Pakatan Harapan merampasnya pada PRU 2018, BN berjaya mengambil alih semula pada PRN Johor dua tahun lalu.

Justeru, beliau berkata keputusan Azmin tidak bertanding pemilihan Bersatu boleh menjadi strategi baik.

Beliau menyifatkan Azmin ‘masih berkuasa dan berpengaruh’ kerana pernah menewaskan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR dan beliau juga boleh menggantikan Anwar Ibrahim sebagai presiden, jika tidak meninggalkan parti itu pada 2020.

Azmin sangat tenang dan mampu menguruskan isu politik. Beliau pemimpin cemerlang yang tahu apa perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Beliau masih muda dan mempunyai masa membuat kejutan dalam politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register