BTC USD 100,478 Gold USD 2,714.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Langgar Anggota Polis Setapak, Pemandu Belum Buat Repot

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
20.09.2024 - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Setapak cedera ringan selepas terlibat dalam kejadian langgar lari dengan sebuah kereta di Jalan Gombak, Kuala Lumpur pada Khamis. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 12.11 tengah hari. Mohd Zamzuri berkata, anggota terbabit luka di siku manakala, pemandu kenderaan tersebut masih gagal membuat laporan. Beliau memaklumkan, sehingga kini, pihaknya sedang mengesan kenderaan serta pemandu berkenaan.

"Berdasarkan rekod, alamat kenderaan itu adalah di Pulai, Johor. Bagaimanapun, pemeriksaan dijalankan mendapati kediaman terbabit kosong. Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tular satu rakaman papan pemuka kereta memaparkan seorang anggota polis jatuh daripada motosikal ditunggangnya akibat tindakan terburu-buru pemandu lain. Dalam klip berdurasi 59 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih membelok di lampu isyarat ketika dia masih berada di laluan tengah jalan raya tersebut. Bagaimanapun, dia melakukan kesalahan apabila tidak memerhatikan keadaan sekeliling di samping tidak memberikan isyarat membelok sehingga mengakibatkan kemalangan. Kereta putih tersebut kemudiannya kelihatan memecut meninggalkan lokasi kejadian dengan dia sempat mengelak beberapa kenderaan lain walaupun keadaan lalu lintas sedikit sibuk. Pemilik papan pemuka kereta tersebut bagaimanapun sempat memintas kereta yang dipandu secara berbahaya berkenaan, sekali gus berjaya merakam nombor pendaftarannya.

 
Back
Top
Log in Register