BTC USD 23,432.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Landasan Songkhla-Padang Besar dibom lagi, 3 terbunuh

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,510
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,510
Reaction score
562
Points
121
Landasan Songkhla-Padang Besar dibom lagi, 3 terbunuh
FB_IMG_1670315662786.jpg
FB_IMG_1670315673813.jpg


BANGKOK – Tiga pekerja penyelengaraan terbunuh dalam letupan bom yang menyasarkan landasan kereta api di wilayah Songkhla pagi ini, lapor laman berita Thaiger.

Ketiga-tiga pekerja sedang membaiki landasan yang rosak akibat satu lagi letupan bom pada Sabtu lepas. Insiden pada Sabtu lepas menyebabkan sebuah kereta api barang tergelincir dan rosak tetapi tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

Pada pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan) Sabtu lalu, kereta api barang 707 dari Hat Yai di Songkhla yang menuju ke Padang Besar di Malaysia, tergelincir dan terbalik di mukim Tha Pho, daerah Sadao selepas bom meletup. Letupan merosakkan 11 daripada 20 gerabak kereta api. Semua empat kakitangan kereta api bagaimanapun tidak cedera.

Keesokan harinya, pegawai tentera, polis, jabatan pentadbiran wilayah, unit pemusnah bom, dan kakitangan kereta api bersama-sama memeriksa tempat kejadian. Mereka mendapati landasan di kawasan kejadian rosak teruk.

Pegawai-pegawai turut menemui kawah sedalam 2 meter di bawah landasan. Polis percaya letupan yang berlaku berpunca daripada bom buatan sendiri. Gerabak yang dibom musnah sepenuhnya.

Semalam pekerja-pekerja membawa masuk jentera untuk mengangkat dan mengalihkan serpihan. Pekerja-pekerja penyelenggaraan pula mula membaiki landasan.

Bagaimanapun hari ini, sebutir bom lain diletupkan tidak jauh dari tempat kereta api 707 tergelincir. Letupan itu membunuh tiga pekerja penyelenggaraan dan mencederakan seorang yang lain.

Polis masih belum mendedahkan nama mangsa-mangsa yang terbunuh. Polis berkata, butiran lanjut akan diberikan selepas pihaknya menjalankan siasatan.

Pasukan daripada Unit Penyelenggaraan Hat Yai sedang berusaha membaiki landasan itu. Kawasan kejadian masih ditutup.

Sebahagian wilayah Songkhla dianggap sebagai Zon Konflik Pemberontakan Selatan Thailand. Bagaimanapun, wilayah itu secara amnya dianggap lebih selamat berbanding Pattani, Yala dan Narathiwat, dengan kurang statistik letupan dan serangan.

Tidak jelas pada peringkat ini sama ada kedua-dua serangan itu dilakukan oleh kumpulan pemisah. – Agensi
 
Sponsored Post

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,999
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
29,999
Reaction score
6,371
Points
481
Awards
1
Ape motif kumpulan pemisah ni? Dorg nk mohon autoriti Kuar Dr Siam ke?
Klau ikutkan sejarah nk merdeka dr Thailand....Thai buat aslimasi kaum....satu lg lanie bnyk group2 pemisah dh pecah jd kumpulan kecik2 xtau sapa yg bertanggunjawab.....dn satu lg paling jahat geng askar Thailand sendiri yg buat sebab nk teruskan perintah berkurung kt situ dn minta bajet lg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register