Landasan berkembar siap ikut jadual - Tee Keat

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
BUTTERWORTH 4 Jan. – Kerajaan yakin pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) Ipoh-Padang Besar akan siap mengikut jadual pada 2013, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata, walaupun pembinaan landasan itu menghadapi sedikit kelewatan berikutan masalah pengambilan tanah, ia tidak menjejaskan keseluruhan projek.

"Sasaran kemajuan projek pada November 2009 sepatutnya 47.2 peratus, tetapi kita hanya dapat capai 34.3 peratus sahaja.

“Ini bermakna sasaran kita kurang sebanyak kira-kira 12.8 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan saguhati kepada setinggan yang terjejas akibat pembinaan landasan berkembar itu, di sini, hari ini.

Seramai 131 setinggan masing-masing menerima RM42,000 pada majlis itu.

Tee Keat berkata, setelah masalah pengambilan tanah itu selesai, peratusan kelewatan itu dijangka menurun daripada 12.8 peratus kepada lima peratus.

Katanya, kerja-kerja pembinaan PLBE, yang dikendalikan oleh MMC-Gamuda JV kini berjalan lancar di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

PLBE, sejauh 329kilometer itu berharga RM12.485 bilion.

Ia adalah kesinambungan kepada PLBE menghubungkan Rawang di Selangor dan Ipoh, Perak yang siap sepenuhnya pada 31 Disember 2007.
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
petanda positif ..
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..dengar citer ada masalah da.......ya ker??????
 
Sponsored Post
Top
Log in Register