BTC USD 98,049.1 Gold USD 2,656.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lampu Hiasan Bawah Flyover Bandar Saujana Putra Arahan YDP

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,373
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,373
Reaction score
7,013
Points
916
Awards
1
05.07.2024 - Lampu hiasan bawah flyover Bandar Saujana Putra arahan YDP, MPKL ambil maklum keresahan penduduk tiada beza dengan lampu isyarat; Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengambil maklum dan sedang berusaha menambah baik penggunaan lampu hiasan di bawah jejantas di Bandar Saujana Putra (BSP), Selangor yang menimbulkan kekeliruan pengguna jalan raya. Jurucakap MPKL menjelaskan bahawa tindakan memasang lampu hiasan berwarna-warni itu adalah arahan dan kebenaran yang diberikan oleh Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim. Katanya, tujuan pemasangan lampu tersebut bagi mengindahkan dan menceriakan lagi sekeliling kawasan jejantas tersebut. Jurucakap itu berkata, pemasangan lampu itu juga kini berada di bawah seliaan dan pemantauan Jabatan Kejuruteraan MPKL.

"Tujuan pemasangan lampu hiasan tersebut bagi tujuan penceriaan kawasan di bawah jejambat tersebut. Kita maklum aduan daripada awam berkaitan kekeliruan lampu isyarat. Pihak MPKL sedang usahakan untuk tambahbaik keadaan untuk membezakan lampu hiasan dan lampu isyarat. Niatnya nak ambil hati penduduk yang selalu bagi aduan berkenaan flyover tu yang lambat siap. Ia antara usaha pihak kita untuk menceriakan flyover dan kawasan sekitar. Tapi dipandang serong pula oleh warga BSP sendiri," jelasnya.

Menurutnya lagi, pilihan warna itu turut menjadi antara usaha MPKL untuk mengambil hati penduduk yang sering membuat aduan berhubung kelewatan menyiapkan jejambat itu. Sebelum ini, Majoriti melaporkan bahawa pemasangan lampu yang seakan-akan warna lampu isyarat di kawasan itu. Ia selepas seorang pengguna Twitter (X) @HezeriSamsuri memuat naik gambar memaparkan pencahayaan lampu yang berwarna-warni iaitu merah, biru dan hijau. Pemilihan lampu itu juga dianggap akan memberi risiko dan membahayakan para pengguna jalan raya lebih-lebih lagi ketika waktu malam.​

1720162015028.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register