BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lamborghini dipandu pelajar remuk

ne_03.1.jpg

KEADAAN kereta Lamborghini yang terbabit dalam kemalangan di Gua Musang, Kelantan semalam.

GUA MUSANG - Sebuah kereta Lamborghini yang dipandu seorang pelajar kolej swasta remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pukul 4 petang semalam.

Kemalangan itu dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu kereta mewah berkenaan, Ng Euken, 25, memotong sebuah lori yang berada di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, semasa kejadian sebuah lori dari arah bertentangan pula gagal mengelak menyebabkan kenderaan terbabit bergesel dengan kereta Lamborghini yang bernilai kira-kira RM1.2 juta itu.

"Lori tersebut berpusing sebelum melanggar sebuah teksi di laluan bertentangan. Bagaimanapun hanya pemandu Lamborghini dan seorang penumpang di dalamnya mengalami cedera ringan," katanya.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Kat kelantan ni..Lambo buat ngangkut sawit je....
 
nseb bek la budak ni x duk dlm keta.
nyorok dan takut kena marah ng mak cm news blm ni yg kt sp tu...

hahahahahahahahaha
 
skill mesti power, keta tak power takpe...:))
 
kereta tayar tercabut tapi hanya mengalami kecederaan ringan haha nasib ko labu
 
muda2 dh bwk kete lambogini, jgn kete curi dh ler :D
 
Cedera ringan jer.. Itu la perbezaan keta mahal dgn keta murah..

hari tu aad kes.. perve hancur.. tapi driver tak luka pun relax jer berdiri tgk kena dia hancur...pompuan lak tu.
 
umur masih panjang..

naiklah kete kebal pn kalau dh takdir ko.. ko jugak..
 
Back
Top
Log in Register