BTC USD 42,338.0 Gold USD 1,775.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lambakan bekalan, durian kini dijual pada harga murah

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,992
Reaction score
455
Points
91
Dah jd kebiasaan ak akan simpan stok durian penuh fridge. Time2 habis musim ni baru enjoy durian. Masa gugur tu seronok kutip je. Makan xsangat.
sama laa... skang dok kumpul kunyit.... pastu makan luar musim... tp kalu sendawa time tu mmg kena jeling laa hahah
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
Dah jd kebiasaan ak akan simpan stok durian penuh fridge. Time2 habis musim ni baru enjoy durian. Masa gugur tu seronok kutip je. Makan xsangat.

Lama dah tak merasa pengalaman kutip durian kat kebun
Dia punya seronok tu lain macam
Tambah² lepas kutip terus makan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
terlepas kawe semalam.. kes lambat tau haha.. kalu dop.. g nyibuk jugop nih...

Yakk boktam
Kalu dop
Bules lasss baham durian murosss
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
‘Tauke Emas’ sedekah 1.2 tan durian secara pandu lalu

#sedekah #durian #pandulalu

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,475
Reaction score
21,627
Points
1,671
Kerabat tempah awal durian hijau Beserah

pjg-durian-hijua-kayangan-750x499.jpg

PESARA guru, Heng Jee Chin menunjukkan buah durian hijau Beserah yang sentiasa diburu penggemar durian dari seluruh negara di Beserah, Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

KUANTAN: Kira-kira 60 tahun lalu, durian hijau Beserah di sini dijual pada harga RM60 sebiji yang mana hanya mereka yang boleh disebut sebagai golongan ‘kayangan’ mampu membeli raja buah berkenaan.

Pengusaha durian hijau Beserah, Goh Woy Yeong, 94, berkata, dalam tempoh berkenaan juga, durian hijau perlu ditempah kerana permintaan tinggi.

“Dulu, untuk beli durian hijau Beserah sampai kena bayar dahulu wang pendahuluan baru boleh makan.

“Permintaan pada waktu itu sudah tinggi kerana ramai yang mahu menikmati keenakan isinya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Woy Yeong yang 50 tahun menguruskan kebun durian berkata, ketika ini, durian hijau Beserah yang dijual sekitar RM30 hingga RM35 sekilogram masih boleh diibaratkan sebagai ‘pisang goreng panas’.

Ini kerana, katanya, setiap tahun peminat raja buah itu pasti menunggu bila ia gugur dan membuat tempahan awal untuk menikmati keenakannya.

“Setiap tahun, durian hijau Beserah pasti mendapat tempahan dalam kalangan kerabat diraja dan pemimpin politik bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara.

“Keenakan durian itu bukan sahaja diketahui dalam kalangan rakyat di negara ini malah turut mendapat permintaan sehingga ke Singapura,” jelasnya.

Katanya, isi durian hijau Beserah tidak terlalu tebal dan tidak menyebabkan cepat muak seperti sesetengah durian lain.

Menurutnya, sebiji durian itu penuh dengan isi di setiap pangsa menjadikan ia dikatakan mampu menandingi musang king.

‘Di daerah lain di negeri ini memang terdapat durian hijau tetapi rasanya tidak sama seperti durian hijau Beserah,” katanya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
DURIAN | Perak Tangani Lambakan Durian

Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM300,000 untuk membeli durian bagi membantu pekebun yang terjejas dengan lambakan buah itu.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,475
Reaction score
21,627
Points
1,671
#ipoh Peniaga durian Munir Zahari, 30, menggoreng durian untuk dijual di Jalan Bercham semalam. Berikutan lambakan durian berlaku pada waktu ini, dia mengambil inisiatif untuk memulakan jualan durian goreng yang sememangnya unik dan jarang ditemui di Ipoh. Kudapan ini dijual dengan serendah RM10 bagi 15 hingga 20 ulas bergantung kepada saiz durian. FOTO BERNAMA

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
#ipoh Peniaga durian Munir Zahari, 30, menggoreng durian untuk dijual di Jalan Bercham semalam. Berikutan lambakan durian berlaku pada waktu ini, dia mengambil inisiatif untuk memulakan jualan durian goreng yang sememangnya unik dan jarang ditemui di Ipoh. Kudapan ini dijual dengan serendah RM10 bagi 15 hingga 20 ulas bergantung kepada saiz durian. FOTO BERNAMA


Sedap pulak nampak dia goreng
 

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,475
Reaction score
21,627
Points
1,671
Peniaga durian Suhaimi Azimi, 39, mengambil inisiatif memulakan jualan durian goreng di Jalan Bercham, Ipoh, berikutan lambakan durian yang berlaku pada masa ini.

Durian goreng yang sememangnya unik serta jarang ditemui di Ipoh itu dijadikan kudapan dan djual pada harga serendah RM10 bagi 15 hingga 20 ketul bergantung kepada saiz durian.


Durian goreng daripada durian kampung dari Batu Kurau itu dilihat mendapat permintaan tinggi walaupun Ipoh ketika ini berada dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2.

📸: Zulfadhli Zulkarnain

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register