BTC USD 42,311.5 Gold USD 1,775.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lambakan bekalan, durian kini dijual pada harga murah

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
gFr93oCB

GEORGETOWN: Lanjutan musim durian menyebabkan raja buah itu kini dijual pada harga murah

Bulan puasa pada Mei lalu turut menyebabkan kejatuhan jualan durian sekaligus menyumbang kepada lebihan bekalan buah itu

Gerai durian di Jalan Macalister, di sini misalnya dilihat menjual buah itu yang dibungkus dalam bekas kedap udara dengan harga serendah RM10 sahaja

Gerai yang dipanggil Durian Balik Pulau itu turut menjual lebih daripada 10 jenis durian selain nangka, rambutan, manggis dan mangga

Pemiliknya, Lim Beng Choo berkata, mereka telah menjual buah itu pada harga RM10 sejak Mei lalu kerana penjualan menurun pada bulan puasa

"Sekarang, ada bekalan yang banyak, jadi kami mengekalkan harga

"Harga cenderung turun sedikit kerana penawaran semakin meningkat dan ramai peniaga juga menjualnya," katanya ketika ditemui di gerai itu

Malah, bekalan durian turut menjadi banyak kerana mereka juga mempunyai kebun sendiri di Balik Pulau, wilayah pengeluar durian yang terkenal di negeri ini

Isi durian yang dijual di dalam bekas kebanyakannya dari jenis D11, D604, Xiao Hong, Ang Bak Kia dan Hor-Lor

Dia turut menjual durian jenis Musang King, Black Thorn, Lipan dan Ang Heh (Udang Merah)

Dalam pada itu, musim durian dijangka akan berlanjutan sehingga September depan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/03/durian-murah/
 


durian_cropped_1531887782.jpg

'Saya tak tipu, durian lelong RM1 memang ada'

“RAMAI yang tuduh saya menipu sedangkan lelongan itu memang dibuat tetapi bekalan durian yang terhad menyebabkan ia habis awal sehingga ramai pelanggan tidak sempat membelinya,” kata Ahmad Sukri Abdullah, 52, peniaga durian yang tular di media sosial berikutan pengumumannya untuk membuat lelongan durian berharga RM2 sebiji di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) ketika ditemui, kelmarin

Lelongan durian yang dijalankan pada Sabtu itu tidak mencukupi sehingga ramai ‘hantu durian’ yang datang ke PBKP tidak sempat membeli seterusnya menjadi tular dan menerima kecaman netizen di media sosial kononnya jualan durian secara lelong itu hanya khabar angin dan strategi peniaga untuk melariskan jualan durian di pasar berkenaan

Bagaimanapun sebagai tanda memohon maaf dan memenuhi permintaan pelanggan, Ahmad Sukri menganjurkan semula lelongan raja buah itu sebanyak 800 kilogram (kg) dengan harga RM1 dan RM2 sebiji dan berjaya dihabiskan dalam tempoh satu jam bermula jam 9 hingga 10 malam pada malam kelmarin

Ahmad Sukri berasa sedih memikirkan kecaman orang ramai terhadapnya di media sosial berikutan lelongan durian yang dianjurkan sebagai jualan amal di PBKP serta dituduh sengaja menularkan usaha itu untuk menipu dan meraih perhatian pelanggan

“Saya tidak menjangka video yang dirakam kenalan mengenai pengumuman saya mengenai lelongan durian berharga RM2 sebiji itu tular di media sosial sehingga membawa kepada kehadiran lebih tiga ribu peminat durian di PBKP Sabtu lalu

“Memang saya memberitahu lelongan itu akan dijalankan pada jam 9 malam namun memandangkan kehadiran pelanggan terlalu ramai sehingga berlaku kesesakan lalu lintas selain mengenangkan ada pelanggan yang membawa anak, lelongan itu bermula lebih awal iaitu pada jam 8 malam

“Bagaimanapun, lelongan durian pada hari berkenaan terhad iaitu sebanyak 400 kg durian seterusnya ia tidak mencukupi dan hanya sebahagian pelanggan yang sempat membeli manakala selebihnya pulang dengan tangan kosong,” katanya

Tambahnya, penggemar durian yang datang pada jam 9 malam tidak sempat mengikuti proses lelongan pada hari itu menyebabkan mereka mengecam dan menuduhnya menipu justeru dia berasa terpanggil untuk memperbetulkan keadaan dengan menganjurkan semula lelongan durian itu malah dengan harga yang lebih murah iaitu RM1 hingga RM2 sebiji

“Lebih 1,000 pengunjung yang hadir dan setiap seorang hanya boleh membeli dengan jumlah RM10 dan semua durian itu laris dijual dalam tempoh satu jam

“Saya mengehadkan jumlah pembelian itu untuk pastikan semua pelanggan yang datang dapat membeli durian dengan harga murah,” katanya

Menurut Ahmad Sukri, durian kampung yang dilelong itu sepatutnya dijual dengan harga RM8 hingga RM10 sekilogram namun demi meraikan peminat durian di negeri ini dia ketepikan soal keuntungan dan meneruskan jualan lelongan itu

“Saya memohon maaf kepada semua pelanggan yang hadir dan tidak sempat membeli durian dengan harga murah itu, saya akan menganjurkannya semula sekiranya bekalan buah itu mencukupi untuk memenuhi permintaan peminat durian pada masa akan datang, ” katanya

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359014/saya-tak-tipu-durian-lelong-rm1-memang-ada


FAMA nafi lambakan durian di Pahang menyebabkan harganya jatuh

razaniduren3.transformed_0.jpg

FOTO hiasan.









KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang menafikan berlakunya lambakan pelbagai jenis durian, termasuk Musang King di negeri ini hingga menyebabkan harganya jatuh.

Pengarahnya, Rosli Aw Da berkata, tinjauan pihaknya mendapati pengeluaran durian di negeri ini masih diperingkat awal terutama membabitkan beberapa daerah seperti Raub, Bentong, Lipis dan Jerantut.

Katanya, kemuncak pengeluaran dijangka berlaku awal bulan depan apabila durian gugur secara serentak disemua daerah yang akan menyebabkan harganya lebih murah berbanding sebelum ini.

Menurutnya, pengeluaran durian kini tertumpu dibeberapa daerah di Johor, selain dari negeri jiran yang kini banyak berada dipasaran terutama di daerah Kuantan, Pekan, Temerloh dan Maran.

"Kita tidak bimbang sekiranya pengeluaran durian berlaku secara serentak dengan jumlah yang banyak, produk hiliran seperti tempoyak boleh dihasilkan oleh beberapa usahawan dibeberapa daerah.

"FAMA Jerantut juga terbabit menghasilkan tempoyak dan pes untuk pasaran tempatan dan luar Pahang dengan harga antara RM25 hingga RM40 sekilogram (kg)," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, permintaan tinggi penduduk di China terhadap beberapa jenis durian klon termasuk 'Musang King' dapat mengelak berlakunya lambakan seterusnya kejatuhan harga hingga merugikan pekebun.

Rosli berkata, difahamkan harga durian kampung diperingkat ladang kini antara RM3 hingga RM5kg, ia masih dianggap tinggi dan memberi pendapatan lumayan kepada pekebun di kawasan luar bandar.

"Saya menasihatkan individu yang mempunyai jumlah pokok yang banyak yang dijangka menghasilkan buah secara serentak supaya memikirkan cara terbaik bagi mengelak berlaku lambakan dan buah rosak.

"Pekebun boleh hubungi FAMA Jerantut untuk tujuan pasaran selain menghasilkan produk hiliran seperti tempoyak," katanya.

Seorang pekebun durian yang hanya mahu dikenali sebagai Basri di Kampung Ulu Dong, Raub berkata, pengeluaran durian di kawasannya dan beberapa kampung berhampiran berlaku awal bulan depan.

"Pengeluaran buah kali ini begitu banyak. Hampir setiap pokok mengeluarkan buah antara 30 hingga 80 biji, bagi pokok bersaiz besar mencapai 100 biji.

"Saya berharap harga tidak jatuh terlalu rendah kerana difahamkan musang king kini berharga RM20 sekilogram," katanya yang juga pesaran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/449038/fama-nafi-lambakan-durian-di-pahang






.

Pembeli perlu boikot durian timbang

BARU-BARU ini banyak disebarkan berita kononnya harga durian turun mendadak hasil lambakan stok disebabkan banyak dusun merekodkan jumlah buah jauh lebih banyak berbanding musim lalu.

Suka saya ingatkan orang ramai khususnya peminat durian, pemilik dusun tidak merasa pun jika berlaku sebarang kenaikan tetapi mereka yang teruk ‘ditekan’ peraih atau orang tengah jika harga turun.

Orang tengah masih membeli buah secara pajakan keseluruhan dusun pada satu harga tetap atau membeli mengikut bilangan bakul tetapi dijual pula kepada orang ramai menggunakan timbang berat buah.

Ini umpama ‘makan dua kali’ apabila orang tengah mengambil buah pada harga borong atau jauh lebih murah daripada pemilik dusun kemudian menjual ‘kulit’ durian kepada orang ramai. Lebih separuh daripada berat setiap biji durian hanya kulit yang tidak boleh dimakan.

Yang kaya si peraih dan orang tengah, yang tertindas pembeli khususnya peminat durian, yang menyangka pemilik dusun durian rata-ratanya sudah berusia.

Pengalaman saya sendiri mengambil kembali dusun durian keluarga daripada dipajak selepas mendapati peraih hanya membayar RM3,000 semusim sedangkan durian dijual pada harga tidak munasabah sehingga melangkaui RM30 sekilogram dengan pulangan mencecah ratusan ribu ringgit setiap musim.

Untuk mengubah trend ini, keluarga kami kini menjual sendiri durian mengikut longgok, bakul atau biji dengan harga dirasakan lebih berpatutan. Saya harap peniaga durian akan kembali kepada sistem jualan sama sementara pembeli perlu memboikot durian timbang.


http://www.utusan.com.my/rencana/forum/pembeli-perlu-boikot-durian-timbang-1.707979

Harga Duri Hitam masih tinggi

image.jpg

Durian duri hitam keluaran negara lebih berkualiti dan mempunyai harga yang stabil sehingga RM60 hingga RM65 kilogram untuk pasaran tempatan.

BANDAR BAHARU - Harga jualan durian duri hitam masih lagi stabil walaupun mempunyai persaingan hebat dengan spesies lain yang semakin menjadi lambakan.

Pengusaha, Mashita Mansor berkata, permintaan tetap tinggi terutama daripada negara luar seperti China yang sudah lama menjadi pelanggan tetap.

Menurutnya, harga duri hitam juga masih lagi tinggi sekali gus menolak dakwaan serta khabar angin yang menyatakan spesies itu sudah semakin tiada harga.

“Permintaan masih tinggi dari negara luar terutama China yang pelanggan tetap kita. Setiap hari dua lori kontena bawa keluar durian ini.

“Macam mana orang cakap durian ini sudah tak ada harga.

“Malah masih tak cukup kita nak eksport keluar, terpaksa kutip di seluruh negara untuk cukupkan permintaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun persaingan sengit berlaku dengan negara Thailand namun kualiti dan rasa tidak sama.

“Memang ada persaingan dengan Thailand, tapi pelanggan kita yang biasa makan durian di sini dapat rasa ada banyak perbezaan.

“Harga di sana memang murah dan rasa pun nak sama, tapi tak serupa,” katanya.

Manakala seorang lagi pemilik Ladang Serene Orchad, Heng Mee Oo berkata, harga duri hitam pada musim ini masih mencecah RM65 sekilogram.

“Permintaan masih tinggi, harga pun masih stabil, masih ada harga.

“Hanya khabar angin saja kalau ada kata duri hitam berlaku lambakan, itu durian lain,” katanya.

Terdahulu, tersebar khabar angin mengenai kejatuhan harga durian duri hitam sehingga dijual di bawah harga RM30 sekilogram.

Kejatuhan itu berlaku dikatakan berpunca daripada lambakan durian jenis itu kerana negara pengimport sudah mula beralih kepada durian jenis sama keluaran Thailand.

Selain lambakan durian jenis tempatan dan klon lama juga dikatakan salah satu penyumbang kepada kejatuhan harga duri hitam.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Bandar Baharu, Muhd Luqman Hakimi Abu Zairi berkata, permintaan terhadap duri hitam dan musang king masih lagi tinggi malah harga masih stabil.

“Dua jenis durian klon ini masih mendapat permintaan tinggi, harga juga masih stabil dan paling mahal antara durian lain.

“Di Bandar Baharu harga bagi duri hitam masih mencecah RM60 sekilogram manakala musang king RM40 sekilogram untuk pasaran tempatan, ia masih lumayan,” katanya.

Katanya, jabatan akan meneruskan usaha menggalakkan pengusaha durian yang ingin melakukan kaedah cantuman matang untuk hasilkan durian klon tersebut.

“Tak rugi buat cantuman dewasa, bukan saja boleh pulihkan pokok durian lama malah meningkatkan pendapatan petani.

“Durian jenis klon ini juga ada dua pasaran iaitu pasaran tempatan dan luar negara, lebih menguntungkan berbanding durian klon lama dan kampung,” katanya.

Muhd Luqman berkata, kualiti durian di negara ini juga lebih baik kerana kaedah menuainya yang semulajadi.

“Durian kita lebih berkualiti berbanding negara luar seperti Thailand. Kita gunakan cara semulajadi iaitu dengan tunggu durian gugur sendiri dari pokok.

“Kita yakin dengan kaedah ini durian kita akan terus menjadi buruan negara luar yang inginkan kualiti lebih tinggi,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/duri-hitam-masih-berharga-1.856049

durannn2.jpg_1531452386.jpg


MOHD Azizi menunjukkan pulut durian yang dijual di gerai GBBS Kepala Batas,Jitra​


Banyaknya durian

MUSIM durian ‘luar biasa’ buka pintu rezeki kepada peniaga yang dapat menjual antara empat ke lima tan raja buah itu setiap hari di kedainya di Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) FAMA, Kepala Batas

Peniaga, Mohd Azizi Azizan, 28, berkata, dia terpaksa menambah stok durian kampung itu sehingga lima tan sehari mulai semalam, berikutan durian yang dijual di kedainya habis dalam masa 30 minit sebelum ini

Mohd Azizi berkata, dia sebelum ini terpaksa menanggung kerugian sepanjang Ramadan lalu, akibat jualan buah-buahan merudum, namun jualannya kembali meningkat ketika ini

“Kebanyakan stok ini dibeli dari Balik Pulau, Pulau Pinang dan Batu Kurau, Perak kerana berlaku lambakan durian di sana dan kami menjualnya di sini dengan harga antara RM5 hingga RM8 sekilogram

“Saya memang tidak sangka ramai pelanggan sanggup datang jauh, ada yang datang dari luar Kedah semata-mata mahu menikmati durian dengan harga berpatutan dan isi yang baik,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

Mohd Azizi berkata, selain menikmati keenakan durian, pelanggan juga boleh merasai hidangan pulut durian serta pelbagai jenis cendol termasuk cendol durian dan minuman buah-buahan lain

“Ada pelanggan sanggup menunggu hampir dua jam di perkarangan gerai sehingga lori sampai bagi memilih sendiri buah yang mahu dibeli

“Saya tidak kisah jika ada pelanggan datang merungut buah yang dibeli tidak memuaskan hati kerana kami sendiri tidak tahu berikutan jumlah yang tiba terlalu banyak,” katanya

Mohd Azizi berkata, dia juga menambah penyediaan 15 kilogram pulut untuk dihidangkan kepada pelanggan setiap hari selain santan kelapa sawit segar

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/357359/banyaknya-durianmetrotv

Harga durian musang king jatuh 50 peratus

msngking001c.transformed.jpg


msngking001a.transformed.jpg


msngking001b.transformed.jpg

Tina Chong dikebun duriannya di Kg. Pulai, Gua Musang. FOTO - Ramli Ibrahim





GUA MUSANG: Harga durian musang king merudum sehingga 50 peratus sejak awal bulan ini berikutan lambakan buah berkenaan di pasaran sekarang.

Daripada harga pasaran RM60 sekilogram turun kepada RM30 hingga RM20 sekilogram namun harganya dijangka stabil sebelum akhir bulan ini.

Pengusaha kebun durian musang king di sini, Chong Yok Fon, 50, atau lebih dikenali Tina Chong berkata, kejatuhan harga durian bukan saja berlaku di negeri itu tetapi juga di Pahang.

Pengusaha wanita itu berkata, kebiasaannya kejatuhan harga durian musang king tidak mengambil masa lama untuk pulih semula.

Katanya, faktor utama kejatuhan harga durian jenis itu disebabkan permintaan kurang dan persaingan harga dengan durian jenis lain yang semakin berlambak di pasaran.

"Minggu ini juga harga pasaran durian jenis itu semakin baik apabila naik semula antara RM30 hingga RM40 sekilogram," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tina Chong yang mengusahakan kebun durian lebih 10 tahun lalu berkata, dia memiliki kebun durian seluas 20 hektar di Kampung Pulai.

Katanya, lebih 500 pokok durian musang king terdapat di kebunnya yang sebahagian besarnya di eksport ke Singapura, Hong Kong, China dan Taiwan.

"Terdapat 4,000 biji durian musang king di kebun yang menunggu untuk gugur mulai minggu depan dan persiapan dilakukan untuk pasaran eksport," katanya.

Katanya, dia juga turut menanggung kerugian apabila ratusan durian musang king yang belum masak jatuh disebabkan dahan patah.

"Terdapat durian yang belum masak jatuh berselerak dan sukar dikawal terutama apabila berlaku ribut," katanya.








sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/447747/harga-durian-musang-king-jatuh-50-peratus






.

Kalau yang Durian SS2 tu ok x..??

Ada 2 3 tempat..
Tapi main kat SS2..

36470863_2180919781921417_6150212993993932800_n.jpg


36410911_1710480889048001_8794785071522381824_n.jpg


Durian berbuah 3 kali setahun

image.jpg

Abd Hadi bersama hasil Dusun Durian Landak.

PONTIAN - Kedengaran agak pelik durian berbuah tiga kali setahun, tetapi itulah realiti yang berlaku di Dusun Durian Landak dekat Kampung Air Putih Pekan Nanas.

Terletak di kaki Gunung Pulai, lokasi dusun seluas 7.5 ekar itu sangat strategik kerana pokok durian tumbuh subur dan menghasilkan buah sangat berkualiti.

Lebih mengujakan setiap kali tiba musim durian, dianggarkan hampir 400kg bersamaan 300 biji durian gugur setiap hari.

Ia pastinya menggembirakan Abd Hadi Ahmad Sani, 41, yang menunggu selama 17 tahun sebelum dapat kutip hasil dusun durian yang merupakan milik keluarganya itu.

Katanya, keinginan untuk berbakti kepada tanah membuatkan dia sanggup berhenti kerja sebagai guru memandu di Taman Keramat Kuala Lumpur.

“Bila tengok dusun durian dipenuhi lalang dan tidak terurus. Terdetik di hati saya untuk mengubah keadaan itu. Saya mahu jadikan keadaan dusun lebih baik.

“Malangnya harga durian begitu rendah sekitar 90-an dan awal 2000. Sekilogram durian diambil peraih ketika itu serendah 80 sen.

“Ini menyebabkan ramai penduduk ambil keputusan tebang pokok durian dan ditanam pula dengan kelapa sawit,” katanya.

Abd Hadi berkata, situasi yang berlaku itu cukup membebankan bagi pemilik dusun kerana perlu menjual sendiri durian untuk mendapatkan hasil lebih baik.

Dia juga turut menanam serai, pisang, terung dan sayur-sayuran di dalam dusun durian bagi meningkatkan lagi pendapatannya.

“Saya sedar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan durian sebab harga sangat rendah ketika itu.

“Melihat sekeliling kawasan dusun yang masih memiliki banyak tanah membuatkan saya terfikir untuk menanam sayur-sayuran, pisang, serai dan sebagainya.

“Ada juga beberapa jenis buah lain turut ditanam duku, langsat, pulasan dan rambai,” katanya.

Guna van jual durian

di Johor Bahru

Abd Hadi berkata, harga durian terlalu rendah diambil peraih menyebabkan dia terpaksa mencari inisiatif sendiri memasarkan durian terus kepada pembeli.

Bagaimanapun, dia perlu mencari kawasan yang mempunyai bilangan penduduk lebih ramai terutama di Johor Bahru.

Akhirnya, dia mendapat idea menjual durian di kawasan perumahan flat di Johor Bahru kerana beranggapan jumlah penduduk di situ lebih ramai dan mudah baginya untuk menjual durian.

Berbekalkan sebuah van buruk, dia membawa hasil durian segar yang dikutip di dusun di kawasan perumahan flat di Larkin.

“Sambutan penduduk rumah flat sangat luar biasa. Saya gembira melihat durian habis dijual. Merata tempat saya jual di Johor Bahru.

“Pandu van ke Johor Bahru dari Pekan Nanas dengan durian penuh dalam van bukan perkara mudah, tapi menyeronokkan,” katanya.

Landak cetus nama dusun

Bercerita lebih lanjut mengenai asal usul Dusun Durian Landak, Abd Hadi berkata, ia bermula pada tahun lalu setelah seekor landak masuk ke dalam kawasan dusunnya.

“Oktober tahun lepas, seekor landak masuk ke dalam kawasan dusun. Landak itu mudah didekati. Malangnya tidak lama selepas itu, landak menghilangkan diri.

“Menurut cerita orang lama di sini, haiwan seperti rusa, kancil dan landak kerap dilihat kawasan dusun dan kebun di Kampung Air Putih ini kerana ia terletak di kaki Gunung Pulai,” katanya.

Jelasnya, kehadiran landak itu beri idea untuknya mengetengahkan nama Dusun Durian Landak.

“Dusun Durian Landak cukup unik sebab gabungan nama durian dan landak. Jadi senang orang nak ingat,” katanya.

Berbuah tiga kali setahun

Amat mahir dengan sifat dan jenis-jenis durian, Abd Hadi memberitahu, musim durian sejak beberapa tahun lepas tidak menentu disebabkan faktor cuaca.

Katanya, dia agak terkejut apabila durian di dusunnya berbuah tiga kali setahun pada tahun lepas.

“Berdasarkan pengalaman saya, cuaca panas dalam tempoh tiga minggu dan hujan dalam kuantiti sedikit sudah boleh menjadi faktor untuk pokok durian berbuah.

“Tahun lepas, tiga kali durian di dusun berbuah iaitu pada Januari, Julai dan Disember,” katanya.

15 jenis durian di dusun

Tidak setakat mempunyai pokok durian yang sudah dikenali seperti durian IOI, D13, D24, Musang King, Durian Kunyit dan Udang Merah sebaliknya dusunnya mempunyai beberapa jenis durian kampung yang jarang didengar.

Antaranya, Durian Tembaga, Durian Kaca Puri, Durian Pulut dan Durian Ku Pulang.

Abd Hadi berkata, jenis-jenis durian kampung ini biasanya dikenali generasi terdahulu melalui duri dan rasa isi durian.

“Di dusun ada lebih 15 jenis durian termasuk durian kampung dan durian kawin. Saya anggarkan ada lebih 90 pokok durian.

“Musang King merupakan durian paling mahal mampu mencecah harga RM35 sekilogram,” katanya.

Perlu tempah awal

Tarikan Dusun Durian Landak yang membolehkan pengunjung mengutip dan merasai sendiri durian segar dari pokok baharu gugur membuatkan Abd Hadi tidak menang tangan.

Ini kerana ada menempah awal sebelum musim durian tiba untuk datang bersama keluarga dan kawan ke dusun miliknya.

“Setakat ini saya hanya guna Facebook untuk beritahu jualan durian di Dusun Durian Landak.

“Ramai datang dari Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Biasanya hujung minggu dan cuti sekolah anggaran dekat 100 orang yang datang,” katanya.

Selain itu, pemimpin negara seperti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pernah kunjungi Dusun Durian Landak tahun lalu.

Mahu bina chalet

Bercerita perancangan Dusun Durian Landak, Abd Hadi berkata, dia mengimpikan sebuah chalet di bina di dalam kawasan dusun.

Katanya, ramai pengunjung berhajat mahu bermalam di kawasan dusun kerana mahu mendengar bunyi durian gugur jatuh ke tanah.

“Saya dah ada perancangan bangun Dusun Durian Landak. Usaha ini perlu banyak komitmen selain modal tinggi, tetapi saya akan usahakan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rezeki-durian-berbuah-tiga-kali-setahun-1.854945

ni D99. beli 3 bulan lepas masa durian masih mahal.
harga pasaran masa tu RM20/24 sekilo.

pada saya D99 ni lebih sedap dari D24:D


29541450_215534572363108_3259082162978483975_n.jpg

Disebabkan pagi ini terlebih masa, isteri saya nak buktikan kepercayaannya selama ini betapa tak sesuainya menjual buah durian gunakan sistem timbang.Hari ini dia telah menimbang sebiji durian sederhana besar.Beratnya 1. 05 kg.Setelah disisih isinya dan ditimbang kulitnya sahaja, berat kulitnya 500g.Maknanya apabila anda membayar, separuh daripada apa yang anda bayar itu hanya untuk kulitnya

Kredit : abdul bashid harun

36840325_798757240455414_8614492875696111616_n.jpg

20160720_191825-1.jpg



Ni durian tembaga. Bahagian hujung tu lembut berkrim. Tp kena hati 2 kulit durian ni tajam dan keras

Durian jatuh harga, Musang King RM30 sekilo

image.jpg

Faizul (kiri) mengopek durian untuk seorang pelanggan ketika ditemui di gerainya di Taman Cempaka, Ampang semalam.

AMPANG – Penggemar durian kini boleh tersenyum sakan apabila harga raja buah itu di kebanyakan lokasi di seluruh negara didapati 50 peratus lebih murah sejak dua minggu lalu.

Penurunan drastik harga buah tersebut difahamkan berlaku berikutan terdapat lambakan durian dari negeri Johor selepas ia mula mengeluarkan hasil pada bulan Jun lalu.

Menurut seorang peniaga durian, Faizul Rahman, 26, hampir kesemua jenis buah durian termasuk Musang King, IOI, D24 dan Udang Merah kini dijual pada harga yang lebih murah jika dibandingkan sebelum bulan Ramadan lalu.

“Sebelum ini, kami hanya mendapatkan bekalan buah durian dari negeri Pahang dan harganya perlu dijual mengikut kadar pasaran semasa. Bagaimanapun, bila durian Johor mula gugur, harganya menjadi lebih murah.


http://www.kosmo.com.my/negara/musang-king-hanya-rm30-sekilo-1.704558


Sponsored Post

Mata_Pena

Forum Troll, Multiple ID Cricket
Joined
Oct 22, 2008
Messages
5,397
Reaction score
1,863
Points
141
kat port aku kg gajah.. belom kuar lagi buah nya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
oh musim durian ye..
 

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
aku baru beli )selangor) durian kampung rm14 sekilo.. kira ok lah bagi aku,

semalam member beli kat melaka, tokey kebun tolak rm5 sekilo
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,007
Points
2,376
Dah murah ke harga durian belah Lembah Klang sekarang ni
 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,208
Reaction score
239
Points
73
dekat bangi 2biji rm15. tp besar bola takraw je.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register