BTC USD 19,108.2 Gold USD 1,623.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lambai je kalau nak beli pil kuda

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
7,892
Joined
Dec 6, 2010
Messages
7,892
Reaction score
540
Points
121
Lambai je kalau nak beli pil kuda

Rantau Panjang: Jika mahu beli, hanya lambai atau hubungi melalui telefon bimbit dan tidak lama kemudian pil kuda akan sampai ke tangan.

Itu senario yang berlaku di Kelantan apabila penjualan pil kuda yang dihasilkan di Segi Tiga Emas persempadanan Thailand, Myanmar dan Laos menunjukkan peningkatan mendadak sejak beberapa tahun ini.

Malah, ada dalam kalangan tokan pil kuda terdiri golongan belia seawal usia 20-an termasuk remaja yang menjual secara kecil-kecilan.

Menurut sumber, lebih membimbangkan pil kuda yang turut dipanggil dengan pelbagai nama seperti 'ya ba' (pil gila), 'ya maa' (pil kuda) atau 'ya khayan' (pil kerja keras) dalam bahasa Siam seakan menjadi barah dalam golongan remaja dan belia di negeri pantai timur itu.

"Ia sangat mudah diperoleh berikutan Kelantan bersempadanan dengan Thailand menyebabkan bekalan itu mudah diseludup masuk sehingga mampu dibeli remaja yang masih bersekolah serendah RM10.

"Malah, pengedar pil kuda itu boleh dikatakan berada di mana-mana dan sedia menjual setiap masa jika ada remaja atau belia yang ingin mendapat bekalan," katanya.

Sumber berkata, lebih teruk ada sebuah keluarga terdiri daripada bapa, abang, adik dan saudara mara yang tinggal serumah turut menagih dadah pil kuda.

"Faktor bekalan mudah diperoleh dengan harganya yang terlalu murah menyebabkan negeri pantai timur seperti Kelantan merekodkan jumlah tertinggi menagih pil kuda.

"Hanya perlu menggunakan isyarat melambai kepada orang kampung yang turut menagih pil kuda yang lalu di depan rumah mereka dan mesej itu segera disampaikan kepada tokan sebelum tidak lama kemudian ia (pil kuda) tiba di pintu rumah," katanya.

Sumber itu berkata, malah dengan hanya satu panggilan telefon dan menetapkan tempat pertemuan, dalam masa beberapa minit bertemu di tepi jalan sudah dapat membeli pil kuda.

Ini dibuktikan dengan pendedahan sendiri penagih pil kuda yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Rantau Panjang apabila dia mengakui hanya perlu menelefon tokan dadah untuk mendapatkan pil itu.

Lelaki berasal dari Tumpat berusia 34 tahun itu berkata, dia sudah menagih pil kuda sejak berusia 13 tahun dan mengakui bekalan sangat mudah diperoleh.

"Hanya dengan RM30, saya akan dapat lima biji pil kuda. Saya hanya menunggu tokan dadah di tepi jalan," katanya yang ditahan AADK dalam sekatan jalan raya.

Seorang lagi penagih pil kuda berusia 31 tahun mengaku sudah lama mengambil pil kuda sejak remaja kerana bekalan mudah didapati serta murah.
#metrotv
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
115,558
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
115,558
Reaction score
18,851
Points
2,566
Awards
1
baca tajuk, dah agak berlaku kat kelantan

teruk sangat keadaan mendadah di kelantan ni, amat teruk
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
115,558
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
115,558
Reaction score
18,851
Points
2,566
Awards
1
Penguatkuasaan je. Kalau lemah, mendapat la.
tu la kan
klu penguatkuasaan tu jatuh bawah bidangkuasa federal kan



tapi mmg dah tahu penguatkuasa bekerja mcmana kat kelantan ni
bolos semua orang boleh lepas sempadan
keluar masuk rilek je takde berdokumen
 

rinoa99

Super Active Member
gem
Messages
9,838
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
9,838
Reaction score
1,443
Points
141
sangat mempermudahkan
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
115,558
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
115,558
Reaction score
18,851
Points
2,566
Awards
1

1659959147127.png


PH hentikan projek tembok sempadan – Najib​

  • 26/11/2020

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BM) terdahulu di bawah pimpinannya telah bersetuju membina tembok Malaysia – Thailand bagi mengukuhkan sempadan kedua-dua negara.

Beliau berkata, jika tembok itu dibina seperti rancangan asal, peristiwa tragis penyeludup menyerang dan membunuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mungkin tidak berlaku.

Katanya, pembinaan tembok tersebut sudah pun dirancang, dirunding dan dipersetujui kerajaan BN dahulu dengan negara Thailand, malah Memorandum Persefahaman (MoU) sudah ditandatangani.

“Selepas itu, jawatankuasa-jawatankuasa dwi negara sudah banyak kali bermesyuarat dan memperhaluskan projek. Fasa pertama dah sedia dilancarkan pada Mac 2018 sebelum PRU14.

“Tapi masuk PH (Pakatan Harapan) pula, mereka hentikan projek dengan alasan kos pembinaan RM1 juta setiap kilometer terlalu mahal.
“PH kata kos RM640 juta untuk tembok yang panjangnya 640km adalah boros,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Najib berkata, melihat projek-projek yang diluluskan dalam Belanjawan 2021, beliau bimbang zon utara semenanjung Malaysia tidak cukup projek infrastruktur untuk menjana peluang pekerjaaan baharu.

“Sebab itu, saya sarankan projek ini diteruskan sebab pulangan dari projek ini amat besar dari segi keselamatan Malaysia dan kehilangan cukai hasil akibat penyeludupan,” katanya.

Pada awal pagi Selasa lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dari Batalion 3 PGA meninggal dunia ditembak penyeludup, sementara rakannya, Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian dekat Padang Besar.

Semalam, seorang lagi anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira pukul 6.15 petang. – Malaysiapost

 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
164,502
Joined
Jan 13, 2009
Messages
164,502
Reaction score
22,448
Points
1,831
Awards
1
Wow rm6 dah ke

Manyak murah
 

nokia3210

Active+ Member
Messages
3,630
Joined
Sep 6, 2012
Messages
3,630
Reaction score
750
Points
86
pil kuda ni kecik ..sekandang muat kotak rokok je ..sedangkan beras besar gedabak pun boleh seludup, apalah sgt menda besar tapak tangan..
 

haniefmunchkien

Active Member
Messages
2,402
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,402
Reaction score
641
Points
81
1659959147127.png


PH hentikan projek tembok sempadan – Najib​

  • 26/11/2020

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BM) terdahulu di bawah pimpinannya telah bersetuju membina tembok Malaysia – Thailand bagi mengukuhkan sempadan kedua-dua negara.

Beliau berkata, jika tembok itu dibina seperti rancangan asal, peristiwa tragis penyeludup menyerang dan membunuh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mungkin tidak berlaku.

Katanya, pembinaan tembok tersebut sudah pun dirancang, dirunding dan dipersetujui kerajaan BN dahulu dengan negara Thailand, malah Memorandum Persefahaman (MoU) sudah ditandatangani.

“Selepas itu, jawatankuasa-jawatankuasa dwi negara sudah banyak kali bermesyuarat dan memperhaluskan projek. Fasa pertama dah sedia dilancarkan pada Mac 2018 sebelum PRU14.

“Tapi masuk PH (Pakatan Harapan) pula, mereka hentikan projek dengan alasan kos pembinaan RM1 juta setiap kilometer terlalu mahal.
“PH kata kos RM640 juta untuk tembok yang panjangnya 640km adalah boros,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Najib berkata, melihat projek-projek yang diluluskan dalam Belanjawan 2021, beliau bimbang zon utara semenanjung Malaysia tidak cukup projek infrastruktur untuk menjana peluang pekerjaaan baharu.

“Sebab itu, saya sarankan projek ini diteruskan sebab pulangan dari projek ini amat besar dari segi keselamatan Malaysia dan kehilangan cukai hasil akibat penyeludupan,” katanya.

Pada awal pagi Selasa lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, dari Batalion 3 PGA meninggal dunia ditembak penyeludup, sementara rakannya, Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah dalam kejadian dekat Padang Besar.

Semalam, seorang lagi anggota PGA cedera ringan selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah kira-kira pukul 6.15 petang. – Malaysiapost


thanks CMM.. sy belek2 tengok dlm google rupanya idea ni bukan dari najib, tapi dari penduduk sempadan golok sendiri dlm tahun 2013 yg dah x tahan dengan kes jenayah dan kes dadah.. maksudnya diorang orang baik2 yg x terlibat dengan kes seludup n etc.. kalau orang jahat dah tentu x mau nya kerajaan buat tembok ni..

amat malang negara yg sempadannya bolos ibarat pukat pecah.. hatta org vietnam pun senang2 merayau sampai ke sini cari balak gaharu.. harimau malaya dibunuh..

jangan salahkan penguatkuasa semata2.. salahkan juga manusia penyeludup yg x kenal halal haram.. salahkan kerajaan yg gagal ambil langkah proaktif utk bina tembok sempadan..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register