Lamaran pemuda ditolak di stadium

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
NEW YORK - Seorang peminat lelaki sukan hoki ais untuk pasukan New York Rangers melamar kekasihnya yang juga mempunyai minat sama dengannya di Stadium Madison Square Gardens di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apa yang mengejutkan ialah lamaran lelaki itu ditolak oleh kekasihnya yang menggelengkan kepala dan terus beredar dari stadium berkenaan.

Lamaran lelaki yang ditolak oleh kekasihnya itu disiarkan secara langsung di skrin gergasi stadium tersebut semasa perlawanan pasukan kesayangan mereka sedang berlawan dengan Tampa Bay Lightning.

Semasa pertengahan separuh masa kedua perlawanan itu berlangsung, peminat lelaki itu yang dikenali sebagai Nick menunjukkan ke arah skrin gergasi dan berkata: "Melissa, sudikah anda menjadi tunang pasukan berbaju biru?"

Kekasihnya itu menutup mulut dengan menggunakan satu tangannya tetapi selepas berfikir mengenai tawaran pertunangan tersebut selama beberapa saat, dia berasa tidak teruja sebaliknya beredar meninggalkan kekasihnya.

Peminat-peminat pasukan berbaju biru yang merujuk kepada New York Rangers kemudian membuat sorakan 'boo' kepada wanita tersebut.

Drama pasangan itu boleh dilihat menerusi YouTube. - Agensi
 
Sponsored Post

Yu-GO

Junior Member
Joined
Apr 5, 2009
Messages
75
Reaction score
2
Points
11

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
memang tipu je.. Tapi pelakon dia sebenarnya betul2 bertunang.
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
kesian,nasib berlakon je.heheh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register