Laman Web "sonymobile.com" Sudah Tiada Lagi

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,026
Reaction score
3,011
Points
236
Persaingan dalam pasaran telefon pintar sememangnya sengit sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ada syarikat yang kekal diatas, ada yang baru menjengah masuk terus mendapat perhatian dan ada juga yang semakin suram.

Salah satu jenama yang kurang mendapat perhatian akhir-akhir ini adalah Sony yang cukup popular dengan peranti Xperia. Terbaru, laman web “sonymobile.com” yang khusus untuk memaparkan barisan model telefon pintar sudah tiada lagi. Pautan tersebut akan terus membawa pengunjung kepada laman web “sony.com”.

Informasi untuk setiap model telefon pintar kini hanya diakses daripada bahagian Electronics >Mobile pada laman utama Sony tersebut.

Penutupan laman web bagi peranti mudah alih itu dibuat tanpa sebarang pengumuman namun tidak mengejutkan. Ini kerana kita sedia melihat petanda fokus Sony pada pasaran telefon pintar tidak lagi seperti dahulu.

Selain itu, Sony juga sudah mengesahkan bahawa mereka akan menutup forum Official Xperia Support serta menamatkan Sony Mobile Communications AB, perniagaan mudah alih yang berpangkalan di Eropah.



Sumber asal http://www.xperiablog.net/2020/02/19/sonymobile-com-website-retired-now-redirects-to-sony-com/
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,748
Reaction score
991
Points
161
sony supply lens dah cukup utk dier survive dlm smartphone... sony leh jd pencabar smartphone kalo ade gergasi china beli ericson... cume sony japan sanggup ke berkerja dgn china...
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,026
Reaction score
3,011
Points
236
^^ susah Sony nak compete dengan Chinese company, walaupun nama terkenal tapi kualiti setanding Sony .. China mampu buat dengan kos rendah, Leica / Carl Zeiss pun dah China made sekarang ..

rasa Sony baik duduk diam dalam entertainment business ..
 

kiddd2

CG Top Poster Club
Joined
Jun 7, 2011
Messages
22,775
Reaction score
2,705
Points
191
sony punya camera mng superb..

tapi kedekut memori..

pernah pakai xperia c, 4gb je internal memory..

tolak system semua, tinggal xsampai 2gb..

sony mobile sedap masa zaman i-walkman atau cybershoot..
 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,798
Reaction score
376
Points
141
Sony sekarang harap audio dengan PS4 je la...audio dia okay lagi.. Aku pun still pakai Bluetooth earphone dia...
 

ranger

Fun Poster
Joined
Aug 20, 2010
Messages
507
Reaction score
8
Points
15
aku baru nak beli XZ2 seken kat shopee rm6++ saja, kalau dah tak support cari brand lain lah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register