BTC USD 63,257.6 Gold USD 1,770.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lalulintas di Lebuh Raya Selatan tergendala akibat treler terbakar

highway

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,417
Reaction score
293
Points
46
Lalulintas di Lebuh Raya Selatan tergendala akibat treler terbakar

SEREMBAN - Laluan ke selatan di Km 253.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang mengalami kesesakan sepanjang tiga kilometer hampir dua jam tengah hari tadi apabila sebuah treler terbabas, terbakar dan melintang di lorong ke selatan lebuh raya itu.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian tengah hari itu, treler membawa muatan kayu bergergaji sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Muar.

"Pemandu lori itu Mohd Khatib Ahmad, 26, tidak mengalami kecederaan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.

Kejadian itu juga menyebabkan rombongan kereta rasmi yang membawa Presiden Austria Dr Heinz Fischer untuk melakukan lawatan ke Melaka hari ini tergendala seketika.

Rombongan itu terpaksa menunggu hampir 20 minit untuk pasukan bomba memadamkan api sebelum mereka dibenarkan melepasi laluan itu.

Jurucakap PLUS berkata, keadaan pulih pada 2 petang apabila laluan itu dibuka semula.
 
Sponsored Post

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
aus

ROMBONGAN kereta rasmi yang membawa Presiden Austria, Dr Heinz Fischer dalam perjalanan ke Melaka melepasi treler yang terbakar di KM 253.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini. Kejadian jam 12 tengah hari itu mengakibatkan rombongan Dr Heinz terpaksa menunggu hampir 20 minit untuk pasukan bomba memadamkan api sebelum mereka dibenarkan melepasi laluan itu. - Foto BERNAMA​
 

Diip

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
1,363
Reaction score
16
Points
35
aus

ROMBONGAN kereta rasmi yang membawa Presiden Austria, Dr Heinz Fischer dalam perjalanan ke Melaka melepasi treler yang terbakar di KM 253.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini. Kejadian jam 12 tengah hari itu mengakibatkan rombongan Dr Heinz terpaksa menunggu hampir 20 minit untuk pasukan bomba memadamkan api sebelum mereka dibenarkan melepasi laluan itu. - Foto BERNAMA​


eleh...20 minit aje.....:))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register