BTC USD 35,305.3 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Laluan Tapah-Ringlet dibuka semula mulai petang ini

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,533
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,533
Reaction score
466
Points
91
*Laluan Tapah-Ringlet dibuka semula mulai petang ini*
IMG_20211202_175529.jpg


*TAPAH* - Jalan Tapah-Ringlet laluan ke Cameron Highlands yang ditutup akibat tanah runtuh sebelum ini telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu notis pemberitahuan berkata, laluan Persekutuan FT059 itu dibuka kepada semua lalu lintas bermula jam 5 petang Khamis.

Bagaimanapun, pengguna masih diingatkan untuk mengekalkan tahap keselamatan dan berhati-hati ketika melalui kawasan itu terutama ketika musim hujan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, anggota polis akan ditempatkan di laluan itu bagi memantau kelancaran trafik.

Katanya, langkah itu bagi tujuan keselamatan memandangkan berlaku jangkaan pertambahan kenderaan selepas laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup disebabkan berlakunya runtuhan tanah.

"Saya telah mengarahkan anggota trafik, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) untuk buat pemantauan terutama di Plaza Tol Tapah dan laluan menuju ke Cameron Highlands," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Disyorkan artikel ini:
Polis cari dua saksi perbicaraan kes dadah
Mahkamah perintah Rosmah hadir perbicaraan Isnin ini
Bapa, anak lemas ketika pukat udang
Kes buli: Hishammuddin gesa beri maklumat segera
Pada 23 November lalu, laluan berkenaan terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan susulan berlakunya runtuhan tanah di laluan Batu 25 dan Batu 26 hingga menyebabkan laluan kedua-dua arah terhalang

#IUCNorthernNews
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,437
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,437
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Tangguh dulu la ke sini. Asik tanah runtuh je
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register