kopirait
CG Top Poster Club
- Messages
- 47,781
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 47,781
- Reaction score
- 5,149
- Points
- 486
- Awards
- 1
KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembinaan Jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya sebagai langkah melengkapkan kesalinghubungan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu juga akan menentukan laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan kepada laluan sedia ada dari Pantai Timur ke Pantai Barat.
Beliau berkata, kajian itu telah dilakukan pada 12 Ogos lepas dan dijadualkan siap pada 12 Ogos tahun depan dengan kos sebanyak RM2.5 juta.
“Skop kajian ini melibatkan kajian guna tanah melalui hutan simpan kekal, kemudian sosioekonomi trafik, sistem saringan impak alam sekitar, dan lain-lain.
“Kemungkinan sekiranya telah dipersetujui, ia akan dibina secara ‘BOT’ (build operate transfer ) bukan menggunakan dana kerajaan, kemungkinan akan ada tol sekiranya lebuh raya itu boleh dilaksanakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang bertanyakan tentang laluan alternatif bagi jaringan menghala ke Pantai Timur dari Kuala Lumpur.-KOSMO! ONLINE
Laluan alternatif Simpang Pelangai ke Putrajaya dalam kajian - KKR
Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembinaan Jalan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Putrajaya sebagai langkah melengkapkan kesalinghubungan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU).
www.kosmo.com.my