BTC USD 64,223.9 Gold USD 2,320.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Laki bini kurang cerdik di stesen minyak! Isteri santai shopping, suami tunggu di pam, buat bodoh banyak kereta di belakang

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,011
Joined
Apr 15, 2012
Messages
39,011
Reaction score
3,717
Points
266
Awards
1

Laki, bini kurang cerdik di stesen minyak! Isteri santai shopping, suami ‘setia’ tunggu di pam... Buat bodoh banyak kereta di belakang​

Sabtu, 20 April 2024 8:00 PM
Oleh: MSTAR


553.jpg

Seorang individu menegur sikap pasangan suami isteri yang pentingkan diri ketika berada di stesen minyak. -Gambar kanan sekadar hiasan

TANPA disedari ada sesetengah perkara dalam kehidupan seharian yang kita terlepas pandang, sehingga memberi kesan kepada orang lain.

Dalam hantaran di laman Facebook, seorang individu tampil membuat teguran secara terbuka berhubung satu situasi yang berlaku di stesen minyak sehingga menimbulkan kesulitan kepada pihak lain.

Menerusi hantaran tersebut, dia berkongsi pengalaman 'dipertermukan' dengan satu pasangan yang melakukan tindakan kurang bijak ketika mahu mengisi petrol.

"Punca-punca lambat dan melambatkan orang lain. Suruh bini pergi bayar dekat kaunter. Yang bininya pun bo*** pergi shopping bagai, lepas tu tak bayar-bayar lagi untuk minyak.

"Last-last lakinya kena masuk kedai pergi bayar dulu," luahnya.

Lebih membuatkannya bertambah sakit hati, babak menunggu pasangan berkenaan tidak terhenti setakat itu sahaja.

2653241.jpg


Sebuah stesen minyak yang dipenuhi kenderaan yang menunggu giliran untuk mengisi minyak. -Gambar hiasan

Menurutnya, si suami pula tidak mempunyai common sense dengan enggan berganjak walaupun sudah selesai mengisi petrol, gara-gara menunggu si isteri yang masih membeli belah.

"Dah settle isi minyak, yang laki duduk lepak lagi dalam kereta sebab bini tak keluar lagi dari kedai. Ini spesis laki bini ba****.

"Punyalah panjang beratur, dia buat 'dek' saja," tulisnya lagi.

Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan berapa lama dia menunggu sehingga pasangan berkenaan beredar.

Bukan tidak mahu 'mengalah' dengan mencari pam minyak yang lain, namun menurutnya ketika itu kebanyakan pam turut dipenuhi pemandu lain yang sedang beratur menunggu giliran.

Patut jenis macam ni elok pijak je.​


NETIZEN​

Hantaran individu tersebut meraih 291 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen.

Rata-ratanya turut berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi yang sama gara-gara sikap pentingkan diri segelintir individu.

"Sebagai ex-staff stesen minyak, saya setuju dengan statement ni. Itu belum cerita dia punya ba**** masuk dalam pergi ATM, shopping dulu... Sampai kaunter nak top-up TouchnGo pula.

"Pernah kena juga. Kecil besar kecil besar je aku tengok driver tu.

"Pernah jadi pada aku. Kereta depan isi minyak, lepas tu dia pergi toilet, so aku sangkut dekat belakang kereta dia," komen netizen.

Dalam pada itu, ramai turut memberi cadangan bagaimana cara untuk 'mengajar' sekiranya berdepan dengan pemandu sedemikian.

2653242.jpg


Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Patut jenis macam ni elok pijak je.

"Hon saja biar dia gelabah biawak.

"Cuba parking rapat-rapat dekat pintu driver.

"Pergi dekat kaunter, ambil mic jerit kuat-kuat," komen mereka.

sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/vira...u-di-pam-buat-bodoh-banyak-kereta-di-belakang
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register