BTC USD 60,019.1 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagu Raya Aliff Syukri 2024 dlm pembikinan

Sponsored Post

Warga maya gesa Fahmi Fadzil ambil tindakan, sekat video 'Love Raya' Aliff Syukri perlekeh orang Melayu dan Islam

7-F64-B679-827-D-431-D-A0-F5-959-AA9636-F36.jpg

Tangkap layar sedutan lagu raya Aliff Syukri yang bertajuk 'Love Raya' menjadi kecaman warga maya sejak dilancarkan pada Ahad.
USAHAWAN kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menerima kecaman warga maya selepas memuat naik sedutan lagu raya terbaru yang bertajuk 'Love Raya' di laman Instagram peribadinya sejak Ahad.

Manakan tidak, melalui video yang dikongsikan menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum ketat dan pelik.

Malah mereka juga bertindak membuat tarian aneh sehingga dilihat mencemarkan bulan Ramadan yang mulia.

Pada masa sama, ibu kepada jutawan kosmetik itu, Rozita Ibrahim turut mengakui malu dan kecewa dengan video lagu raya yang dilancarkan anaknya selang beberapa jam selepas Aliff Syukri memuat naik video berkenaan.

Hasil pemerhatian Majoriti di media sosial, rata-rata warga maya meluahkan rasa marah dan muak dengan tindakan Aliff Syukri yang dianggap tidak menghormati kemuliaan serta kesucian bulan Ramadan.



Malah seorang pengguna @PejuangPH, menggesa agar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengambil tindakan terhadap Aliff Syukri.

"@fahmi_fadzil boleh tak sekat benda macam ini masuk industri muzik? Memalukan negara," tulisnya.

@ciklaen juga berharap pihak kerajaan terutamanya Kementerian Komunikasi menyekat muzik video berkenaan untuk ditayangkan di mana-mana platform media sosial.

"Bila nak kena 'gam' (diharamkan)? Dulu ada artis buka baju masa konsert, masuk televisyen terus kena gam. Yang ini pun patut kena gam juga, berhenti beri perhatian dan boikot video sebegini," katanya.

Seorang lagi pengguna warga maya, @_hannahwho_ berpendapat Aliff Syukri sepatutnya dikenakan tindakan yang lebih tegas memandangkan tidak pernah serik membuat muzik video yang seakan-akan menghina orang Melayu dan agama Islam.

"Dia ini dulu bukan pernah kena panggil dengan pejabat agama ke sebab muzik video raya juga? Kenapa semakin berani 'memondan'?

"Penari dalam klip muzik video itu terdesak sangat ke cari duit raya? Mohon pihak berwajib ambil tindakan tegas dan sila boikot Aliff Syukri," tulisnya. — Majoriti

alip ada sebut kapiaq, dap, buka kantin romadon?

xde?

next :ROFLMAO:
 

Serah kepada MCMC untuk siasat Aliff Syukri

KULAI – Kementerian Komunikasi menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap usahawan, Datuk Aliff Syukri yang memuat naik video lagu hari raya kontroversi, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, beliau tidak pasti apa bentuk tindakan selanjutnya yang akan diambil suruhanjaya tersebut.

“Saya difahamkan ketika ini usahawan itu disiasat bagi kesalahan salah guna fasiliti internet. Ia terpulang kepada MCMC kerana mereka boleh guna pakai Akta Komunikasi Multimedia untuk siasatan lanjut,” katanya selepas menghadiri Program Projek Baju Raya Terpakai dan Sumbangan Bantuan Raya di Blok 3 Flat Taman Putri, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, telefon bimbit dan kad sim milik usahawan, Datuk Aliff Syukri disita MCMC dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register