BTC USD 60,054.2 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagu Raya Aliff Syukri 2024 dlm pembikinan

Nurul Mohamed Yusoff

1d ·

BOIK0T ALIFF SYUKRI

Benda ni setiap tahun berlaku. Dia keluar video, kena kecam, dia minta maaf. Pastu dia buat balik.

Sebenarnya dia kisah apa korang nak kecam? Dia kisah apa bulan Ramadan. Dia kisah apa 10 malam terakhir Ramadan.

'A bad publicity, is still publicity'. Dia cari tu je sebenarnya. Publisiti!!

Kita marah dia, tapi tanpa kita sedar, kita cari video dia. Kita cari kat utube. Kita cari kat TT.

Setiap kali korang tengok video dia, dia dapat duit melalui media sosial. Dia gunakan media sosial dia untuk berniaga. Banyak income dia kat situ.

Dengan income pendapatan tu, dia akan kembali lagi tahun depan dengan video yang lagi biad@b. Kita pun akan sambung maki dia dan tengok video dia lagi.

Begitulah kitaran hidup kita sampai abang jamil mamp0s....
Kalau korang nak sekat dia mudah je caranya. Korang kena boik0t dia.
1. Boik0t produk rangkaian perniagaan dia.
2. Boik0t, report, block channel utube dia.
3. Boik0t, swipe, block, report TT dia.
4. Boik0t, block, report facebook dia.
5. Boik0t channel podcast yang jemput dia.
6. Boik0t stesen tv, radio yang jemput atau siar video dia.

Kita boleh boik0t Starbucks, McD, KK Mart demi pertahankan kesucian Islam.

Takkan tak boleh boik0t Aliff Syukri kerana mencemarkan kesucian bulan Ramadan banyak tahun berturut-turut?
Boleh kan?

Dalam masa yang sama, kita ambil kesempatan 10 malam terakhir ni untuk doakan Allah beri hidayah kepada dia.
Mana tahu doa kita makbul, dia boleh gunakan segala kelebihan dia untuk Islam.

Masa tu kita sokong dia dan perniagaan dia balik lah.

Akhir kata, Aliff Syukri, dengar pesanan mak kau, 'jangan hinakan diri untuk sebuah konten'.

Salam Ramadan,
Nurul Islam Mohamed Yusoff

Ps: Aku dah senaraikan media sosial dia dan perniagaan dia, sekali dengan pautan diruangan komen. Kalau ada yang aku tertinggal tolong kongsikan diruangan komen.


1712132706128.png
 
Sponsored Post

Nurul Mohamed Yusoff

·

PRODUK ALIFF SYUKRI

Sembang dengan Isteri aku lepas sahur tadi, isu Aliff Syukri ni. Sebab aku heran kenapa Aliff Syukri ni boleh bertahan lagi?

Aku pun tanya isteri aku, "kenapa orang perempuan masih pakai produk dia Dherbs tu?".

Dia tanya aku balik "sapa yang pakai?, produk dia tak laku dah". Betul ke? Orang pompuan lebih tahu ni.
Kalau betul produk Dherbs dia ni dah sendu, patut dia mengarut dalam media sosial.

Jadi pendapatan utama dia sekarang adalah media sosial dia lah aku rasa.

Aku punya anggaran melalui media sosial dia, untuk jumlah tontonan, dia dapat lebih kurang RM10,000 ke RM20,000 sebulan dengan konten bod0h dia.

Banyakkan. Sebab tu dia sanggup buat apa sahaja untuk publisiti dan naikkan jumlah tontonan dalam media sosial dia.

Korang nak maki ke, korang nak puji ke. Semua dia terima sebab setiap kali korang tekan tonton, dia dapat duit.
Sebab tu kita kena boik0t, lapor dan sekat semua media sosial dia. WAJIB!!!

Selain Dherbs dia yang dah sendu tu, dia juga ada rangkaian produk tudung AS Hijab. Kalau setakat tudung ni bersepah founder tudung yang beradab.

Boik0t AS Hijab!!!

Seterusnya dia ada produk beg kulit yang dia rekabentuk namanya Anthon's Leather. Isteri aku cakap sanggup pakai beg plastik dari pakai beg dia. Hahaha

Ok kita boik0t Anthon's Leather!!!

Selain tu, dia ada juga aset hartanah yang diniagakan. Contohnya Sugeh Eco Resort di Janda Baik Pahang. Banyak tempat lain boleh korang pilih untuk bercuti.

Boik0t Sugeh Eco Resort!!!

Ingat kita bukan benc1 dia, kita benc1 perbuatan dia. Kalau dia insaf dan berubah, kita akan sokong balik perniagaan dia.

Kita ajar Aliff Syukri dan sesiapa sahaja yang nak cemar kesucian Islam dan bulan Ramadan.

Every action there will be reaction. Kita umat Islam di Malaysia bukan tunggul kayu.




Salam Ramadan,
Nurul Islam Mohamed Yusoff


1712132789492.png





1712132807016.png
 
Alaaaaa.....
Jgn la report...
Tu kan hasil seni....
Art berat...
Anda smua tk memahami...
Hahahhaaa...
🤣🤣🤣🤣
mesti anda memahami art dia kan...

silap2 anda pergi bekerja pakai yg mcm seluar hijau yg joget angkat2 bontot tu....

sebab anda salah sorang yg berjaya memahami dia punya art...
 

Khairul Azri

·

SEKAT.

Saya perasaan ada orang ajak kecam, marah dan terbaru ajak boikot perniagaan seorang usahawan yang memang tersohor dengan konten-konten yang mengundang kecaman.

Alasannya kali ini sebab beliau ini seolah tidak serik ulang benda sama setiap kali Ramadan. Dah jadi macam rutin. Maka ramailah pempengaruh media sosial, halaman affliate dan penulis konten tulis pasal beliau, letak gambar beliau, sebut nama beliau dalam hantaran masing-masing.

Kalau tanya saya, kecam, kutuk dan ajak boikot beliau ini macam tak akan berkesan. Kerana selagi ada yang menyebut dan menulis nama beliau atau perniagaan beliau itu sebenarnya sedang memenuhi aspirasi dan sasaran perbuatan beliau yang berulang kali ini..

Hal ini kerana dengan kita menulis tentang beliau di media sosial kita, walaupun dengan konotasi negatif.. beliau masih sedang kenyang 'menuai' engagement, namanya akan trending, bermula di media sosial dan sudah pasti akan masuk ke media perdana sikit hari lagi.

"Habis nak buat macamana ni, kami geram sangat ni!" - Kata Cik Kiah.

Kalau tanya saya senang saja nak bagi dia 'koyak'.

Tak perlu boikot atau ajak boikot pun perniagaan beliau, sebab sejujurnya saya tak tahu pun siapa dan orang mana yang pakai produk beliau. Saya tak pakai, dan saya tak kenal satu makhluk pun yang pakai produk dia.

Tak percaya? Anda pakai produk dia? Anda kenal sesiapa yang pakai produk dia?
"Habis kalau tak ajak boikot produk, nak buat apa? tangkap sebat dengan rotan ke?".

Nak 'boikot' usahawan biadap ini mudah saja sebenarnya. Boikot 'engagement' media sosial masyarakat kepada beliau. Bagaimana?

SEKAT. (Block)
Sekat FB page beliau.
Sekat Instagram beliau.
Sekat Tiktok beliau.
Sekat Youtube beliau.
Sekat Twitter beliau.
Sekat semua media sosial beliau. Kalau Friendster ada pun sekat.
Dan jangan berhenti di situ.

Sekat juga segala akaun media sosial keluarga beliau lebih lebih lagi akaun isteri dan mak beliau atau mana mana sepupu sepapat beliau yang acah acah marah setiap kali beliau buat perangai yang saya hampir pasti berpakat dengan beliau.

Dan bila ini berlaku maka strategi 'engagement' beliau akan hancur dan hidup masyarakat kembali aman.
Kalau tak jalan juga..

Kita balik kepada cadangan rotan.

Amacam?

p/s: Tolong jangan komen nama dia dalam hantaran ini. Saya nak jaga pahala puasa saya.
 

Rusyainie Ramli

·


Walaupun saya ni pernah lah dikata sebagai pempengaruh media sosial, tapi kerana saya tak ada udang sebalik mi, geli geleman rasanya pada saya untuk individu yang stoop so low demi untuk kekal relevan.

Maruah kat tapak kaki namanya tu. Doakan lah saya tak begitu kejadiannya. Dulu, sekarang dan selamanya.
Iya lah, kalau tak timbulkan kontroversi, nanti rakyat marhaen terlupa si polan tu wujud. Melayu kan mudah lupa, tak ke.

Kalau pakat tak menyebut nama mereka, macam mana lah produk nak berjalan. Nanti menipis lah poket. Ingat murah ke nak maintain gaya hidup kayangan?

Yang jadikan mereka begitu kaya adalah kalian. Betul lah kan. Produk tahap sampah pun kalian dengan sukarelanya campakkan duit. Macam lah duit tu boleh dipetik kat pokok.

Pada masa yang sama, kalian juga lah yang dok komplen keadaan ekonomi sekarang terdesak. Sungguh saya keliru. Prioriti tak betul, haih.

Elok lah tu. Kalian dok rumah flat sempit, tu pun menyewa. Tapi mereka, bersemayam kat banglo tersergam besar bagak siap kolam renang.

Padahal sebab kalian lah mereka kaya. Kalian kan yang dok membeli produk mereka. Modal seposen, dijual harga sepuluh, tak ke jutawan sekelip mata. Lepas tu kalian juga lah meleleh air liur melihat mereka memandu kereta yang lebih mahal dari rumah yang kalian duduk.

Mereka berniaga apa saja lah, kalian mesti membelinya. Glamer gamaknya dok tayang kat IG, TT atau FB pergi bercuti atau menjamu hidangan kat resort, restoran atau hotel mereka tu. Kalian lah enabler mereka.

Kalian nak bayarkan yuran PIBG pun terasa paras hidung dah sesak tapi anak mereka sekolah swasta. Kalian lah punya kerja. Bagi lagi lah duit pada mereka.

Demi konten, mereka sanggup mel*cah atau beraksi yang tak senonoh. Saya masih ingat ada makhluk yang lahirnya lelaki tapi bertukar jadi wanita, berbikini menari atas yatch. Beria lah pakat menonton video tu.

Saya ni bukan lah tahap alim ke apa, tapi kalau dah begitu jadinya, Islam sekadar agama saja lah. Atau ditunggang semata untuk lariskan produk bila dirasa perlu.

Setiap kali kontroversi, jualan mesti melonjak punya. Nak meraih simpati Melayu ni senang saja. Sedekah bebanyak kat rumah anak yatim atau pergi tunaikan umrah, terus terhapus segala dosa tu kan. Sekali dengan kenyataan memohon maaf. Kalian pun maafkan. Melayu kan tersangat pemaaf.

Bayangkan kalau yang timbulkan drama tu, bukan Islam. Melayu punya lah sentap sampaikan sanggup lakukan j*nayah terhadap pelaku. Tapi sebab tu Melayu kan, tak apa lah kan. Produk tetap terjual.

Maafkan saya ya, walaupun saya ni golongan atasan, tak pernah kepingin pun nak membeli produk kalau penjualnya mentaliti punya lah low class. Duit saya terlalu mahal untuk mereka. Mereka tak layak menerima walau sesen pun.

Saya sentiasa menyokong produk tempatan yang berkualiti dan penjualnya yang beretika. Jenis slapstik, jangan mimpi.

Saya takkan bersubahat dengan mereka yang menghina agama dan bangsa saya. Kalian juga sepatutnya begitu.

BOIKOT PENGHINA BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM!


1712133256747.png
 
Setuju.

Jom boikot dia ni.

Tapi sumpah siyes aku duk Putrajaya pun x pernah nampak la produk2 dherbs tu hahhaah.


Aku pelik musykil dia ni betul ke kaya dari jual produk.
aku rasa dia bnyk je produk2 lain tu...
d'herbs tu awal2 dulu ja...

orang mcm ni wajar kena boikot...
 

Aliff Syukri mohon maaf, padam video lagu raya tak sopan​

April 3, 2024 @ 10:19am


Antara babak video lagu Love Raya yang memaparkan Aliff dan sekumpulan penari berkelakuan aneh dan tidak sopan pada Ramadan.
Antara babak video lagu Love Raya yang memaparkan Aliff dan sekumpulan penari berkelakuan aneh dan tidak sopan pada Ramadan.

KUALA LUMPUR: Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf selepas memuat naik klip video lagu baharu berjudul Love Raya yang memaparkan sekumpulan lelaki berkelakuan aneh dan tidak sopan pada Ramadan

Melalui hantaran video dalam Instagram (IG), semalam, Aliff, 36, turut memohon maaf kepada ibunya yang juga usahawan, Rozita Ibrahim selepas ditegur kerana memuatnaik video tidak sepatutnya pada bulan Ramadan.
"Kepada mak saya (Rozita) dan semua netizen yang melihat video, saya minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

"Memang saya kecil hati sebab sudah bersusah payah siap keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk penari dan juru video.





"Tapi, netizen tak tengok lagi sudah kecam melampau-lampau dan itu menyebabkan saya sedih," katanya.


Menerusi hantaran video dalam Instagram (IG), Aliff mohon maaf kepada ibunya selepas ditegur muat naik video yang tidak sepatutnya.
Menerusi hantaran video dalam Instagram (IG), Aliff mohon maaf kepada ibunya selepas ditegur muat naik video yang tidak sepatutnya.

Pada masa sama, Aliff memberitahu, dia mengambil keputusan memadam video daripada media sosial miliknya.
"Saya tak nak bersedih atau marah. Saya salahkan diri sendiri.

"Saya sudah padam video itu. Padahal orang luar lagi banyak buat benda pelik-pelik," katanya.
 

Fahmi asks MCMC to take action on Aliff Syukri’s Raya video​


-02 Apr 2024, 11:28 PM

Minister says he has taken note that the cosmetics entrepreneur decided against uploading the full video and even took down the teaser after complaints.​




View attachment 5a6c18a4-02-media-appreciation-with-fahmi-fadzil.webp
Communications minister Fahmi Fadzil said content creators should be more aware of their potential audience when they post online.

KUALA LUMPUR: Communications minister Fahmi Fadzil has asked the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to take appropriate action over a video clip uploaded by cosmetics entrepreneur Aliff Syukri Kamarzaman.

Fahmi said he had received complaints from social media users.

“I have watched part of the video, and I have requested MCMC to investigate this matter and take appropriate action.

“However, at the same time, many may have taken note of Aliff’s decision not to upload the full video. For now, we leave it at that,” he told reporters here tonight.

Aliff uploaded a teaser of his latest Aidilfitri song, Love Raya, on his personal Instagram page on Sunday, but the cosmetics entrepreneur has since deleted the video and issued an apology, after facing criticism from social media users.

Fahmi said content creators and social media influencers should produce content that was suitable for all age groups, especially children.

“We need to think harder about the content we produce, as we do not know if the viewers are 90 years old, 19 years old, or nine years old,” he said.

Fahmi said the government was concerned about content that could impact children negatively.
“Currently, social media platforms take a hands-off approach; they simply put vague verification methods in place where anyone can lie about their age,” he said.

He added that he would hold more meetings with social media platform operators soon.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register