BTC USD 60,177.7 Gold USD 1,764.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagu P.Ramlee nafas baru, minat ke?

Aku tak minat lagu nafas baru P.Ramlee sebab....


  • Total voters
    0

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
http://http://m.youtube.com/#/watch?xl=xl_blazer&v=2mcIiETLl4Q
http://www.youtube.com/watch?v=2mcIiETLl4Q
Minat ke korang dengan lagu macam di atas?
Bagi aku sakit telinga....

di olah dari lagu asal....

http://www.youtube.com/watch?v=8Oz7l1IxhYQ
Lagu P. Ramlee Nafas Baru Boleh Diterima Tetapi Hilang Penjiwaan - Rosnani Jamil
Oleh WAHIDUZZAMAN

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Seniwati Datin Rosnani Jamil, 75, atau mesra disapa Mak Nani menyambut baik usaha pemuzik dan penyanyi bebas yang memberikan nafas baru kepada lagu-lagu Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dalam album kompilasi P. Ramlee... Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi.

Menurut Mak Nani yang ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi tersebut, baru-baru ini, walaupun lagu-lagu popular Allahyarham itu dipersembahkan dalam susunan yang baru, rancak dan bertenaga, ia masih boleh diterima dan dinikmati oleh generasi lama sepertinya.

"Walaupun saya sudah tua tapi minat terhadap muzik tidak pernah pudar. Pembaharuan yang ditampilkan oleh pemuzik-pemuzik generasi baru ini masih boleh didengar dan diterima walaupun saya tak nafikan ia agak rancak dan bertenaga.

"Usaha mereka dalam memartabatkan lagu-lagu P. Ramlee untuk dikongsi dengan generasi pendengar pada hari ini adalah satu tindakan yang baik dan harus disokong," katanya.

Bagaimanapun, tambah Mak Nani, sentuhan asal pada sesebuah lagu P. Ramlee itu tidak boleh digubah atau dibuang sepenuhnya kerana ia hanya akan menghilangkan penjiwaan dan keaslian lagu tersebut.

"Memang saya dan Datuk Jamil boleh terima dan dengar lagu-lagu nafas baru ini tetapi bagi saya keaslian dan sentuhan asalnya tidak boleh dibuang sepenuhnya kerana penjiwaan sesebuah lagu itu akan hilang jika terlalu banyak pengubahan dilakukan.

"Sebaiknya, kalau hendak gubah atau beri sentuhan baru pada mana-mana lagu lama pun, elemen dan ciri asli lagu itu mesti dikekalkan untuk memelihara identiti dan keasliannya," katanya.

Pada majlis yang sama, Mak Nani turut ditemani oleh pengarah dan penulis veteran Datuk Jamil Sulong yang diundang sebagai penghormatan kepada dua bintang veteran yang seangkatan dengan P. Ramlee.

Jamil merupakan penulis lirik bagi 40 buah lagu ciptaan Allahyarham termasuklah lagu Tiada Kata Secantik Bahasa yang turut termuat dalam album kompilasi tersebut.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuk Jeritan Batinku (oleh Azlan & The Typewriter dan AG & Co), Gelora Jiwa (Yuna), Tiada Kata Secantik Bahasa (Monoloque), Bunyi Gitar (Subculture), Ya Habibi Ali Baba (Meet Uncle Hussain & Hazama), Itulah Sayang (The Ramlees) dan banyak lagi.

Album kompilasi yang melibatkan 20 pemuzik bebas tempatan ini kini boleh dimiliki dengan melayari laman sesawang xfm.com.my untuk pembelian secara digital.

Setiap muat turun bagi lagu penuh berharga RM5, RM4 untuk nada sebenar dan RM3 untuk nada pemanggil. Sebahagian hasil jualan album kompilasi ini akan disalurkan kepada Tabung Pustaka Peringatan P. Ramlee.
 
Last edited:
Sponsored Post

Photofast

Active+ Member
Joined
Jul 16, 2010
Messages
4,646
Reaction score
31
Points
30
meh

jeritan batinku masterpiece p ramlee,nk cover lagu nih bukan senang,lagi2 nk buat arrangement baru macam nih ,jangan harap byk la bro,at least ada yg brani mencuba,bukan smua pnyanyi brani bawak lagu nih

madu tiga lak lain,yelah lagipun indon nih smua sedap,kalu malaysia ada je salah nya
 

ameant

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2007
Messages
6,332
Reaction score
143
Points
73
aku suka " The Ramlees - Itulah Sayang " ..try korang search kat youtube.
 

Nazzrie

Active Member
Joined
Aug 14, 2007
Messages
2,356
Reaction score
19
Points
25
dah takde idea nak buat lagu sendiri ke penyanyi ni? ingat mampu angkat nama guna kehebatan lagu org lain?.....
 

Photofast

Active+ Member
Joined
Jul 16, 2010
Messages
4,646
Reaction score
31
Points
30
dah takde idea nak buat lagu sendiri ke penyanyi ni? ingat mampu angkat nama guna kehebatan lagu org lain?.....

jgn nk hentam je la bang

ni projek tribute to p ramlee

byk artis buat lagu nih
 

taufic

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
694
Points
161
dah takde idea nak buat lagu sendiri ke penyanyi ni? ingat mampu angkat nama guna kehebatan lagu org lain?.....

cover skit kedunguan kamu tu
nie smua lagu2 remake band2 indie
lagu2 nie smua utk di jual digital copy
nk collect fund utk Pustaka Peringatan P. Ramlee
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register