Music LAGU MELAYU MODERN - Identiti Melayu Kita

CG Sponsors




syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,393
Reaction score
2,090
Points
141
DISCLAIMER: aku bukan orang muzik... aku bukan org yg pakar dalam bidang seni atau hiburan...
cuma aku adalah orang biasa yang sangat minat dengan muzik..
apa yang aku katakan ini hanyalah pendapat peribadi aku semata-mata....

.
.

dalam topik ni, aku banyak fokuskan pada lagu-lagu 2010-an...
aku tak fokuskan sangat lagu2 lama 90-an atau lagu melayu klasik....


sebab aku lebih suka bincangkan apa yg ada sekarang...
apa perubahan yang berlaku sekarang..



sebab tu tajuk aku LAGU MELAYU "MODERN"...

Lagu Modern ni maksud aku adalah Lagu yang banyak ikut muzik-muzik barat PADA MASA KINI......
tapi bila kita selitkan identiti-identiti Melayu kita, aku gelar ia sebagai LAGU MELAYU MODERN....


ok...

kebelakangan ni aku tengok makin ramai artis-artis Malaysia menghasilkan lagu yang ada identiti Melayu..

Hmmm, memang sebenarnya dari dulu lagi, banyaknya je bentuk lagu yang ada indentiti Melayu di Malaysia ni..

Macam lagu-lagu Siti Nurhaliza, Noraniza Idris , M Nasir....banyak je ada unsur-unsur identiti Melayu...
Composer-composer yang selalu hasilkan muzik identiti Melayu ni sebenarnya ramai je dari dulu...
(sorry kalau ada nama legend muzik kita yang aku tak sebut)...



tapi makin lama, lagu-lagu berunsur Melayu ini makin kurang makin kurang....
dan orang mula beralih pada lagu modern yang sound quality dia lebih hebat....
orang-orang kita mula beralih dengar pada lagu-lagu catchy yang sangat KURANG identiti Melayu..
- dengan lirik yang tidak puitis
- dengan tiadanya bunyi-bunyian alat muzik tradisional kita
- tiadanya seni-seni tarian/pakaian/budaya dalam VIDEO muzik



mungkin sebab orang kita cuba mencari suatu kelainan....so orang kita beralih dengar lagu-lagu kpop, lagu-lagu barat....
aku bukanlah penggemar sangat lagu-lagu english dan kpop ni, tapi berdasarkan apa yang aku dengar, lagu diorang ni mempunyai kualiti muzik yang sangat tinggi..
muzik kualiti tinggi ni maksud aku details muzik dia sangat sedap didengar...
bukan mcm aku yang baru nk belajar main seruling, akan kedengaran bunyi sumbang sangat banyak....bukan mcm tu....
so, itu maksud aku kualiti tinggi...detail-detail bunyi itu sangat senang dan sedap didengar....

so, bagi aku, mungkin KUALITI MUZIK itu juga salah satu faktor orang tertarik dengan sesebuah lagu tu...


.
.


bagi aku, lagu Mentera Semerah Padi (oleh M. Nasir) adalah lagu modern yang pertama yang ikut muzik barat yang bila kita dengar, kita TIDAK AKAN rasa pun itu lagu barat...bahkan kita akan rasa, ini lagu Melayu kita...


so maksudnya identiti Melayu sangat kuat dalam lagu Mentera Semerah Padi ..


Mentera Semerah Padi ni, bagi aku adalah suatu kejayaan untuk memperkenalkan identiti kita....
- dengan muzik yang berkualiti tinggi
- diselitkan bunyi-bunyian alat muzik tradisional
- dengan lirik yang putis


bagi aku, 3 ciri ni sangat penting....


ciri yang ke-4 pula,,,ianya penting juga iaitu
- cara dipersembahkan lagu itu (muzik video dan konsert).... cara dipersembahkan mestilah ada seni pakaian/budaya Melayu kita....


dan memang aku tengok Mentera Semerah Padi ni mesti dipasang kalau ada persembahan silat...atau ada program-program yang menampilkan seni Melayu...
dalam video youtube pun ada orang yg edit video filem tentang sejarah melayu dengan lagu Mentera Semerah Padi...
so, kat situ kita boleh lihat betapa kuatnya IDENTITI MELAYU dalam Mentera Semerah Padi ni...


ada juga lagu MELAYU MODERN yang lain seperti Mahaguru (oleh KRU)....
tapi rasanya muzik dia lebih ke arah muzik tradisional Cina...
cumanya, liriknya dan isi yang dipersembahkan itu lebih ke arah Melayu....
walaupun ada identiti Melayu kat situ, tapi bagi aku, ianya tak berapa kuat...


.
.

so, berbalik pada tadi, sekarang ni ramai orang beralih pada lagu-lagu hip-hop, rap, catchy dan sebagai nya


so sebut pasal hip-hop,.....seperti kita tahu, dari dulu sampai sekarang, Malique tak henti-henti menghasilkan lagu rap yang beridentiti Melayu...

tapi Malique ni hanya fokus pada lirik.....
di lirik dia sangat kuat identiti Melayu ktia...
tapi bagi pendapat peribadi aku, kualiti sound muzik agak low....
membuatkan orang tak tertarik...

dan sekarang, tiba-tiba muncul beberapa artis yang ingin naikkan kembali identiti Melayu kita....
termasuklah artis-artis underground....

.
.

Luca Sickta, Kmy Kmo, Siqma
- 3 orang ni aku sekalikan terus, sebab diorang ni hampir sama je sebenarnya
- 3 orang ni memang asalnya underground
- depa ni artis underground hip-hop, tapi depa sangat suka selitkan seni Melayu dalam lagu depa
- dengan lirik yg puitis...bunyi-bunyian seni Melayu...
- kadang2 dipersembahkan lirik dalam tulisan jawi dalam muzik video mereka....

ALTIMET
- bagi aku, lirik dia takda lah puitis sangat...
- bunyi-bunyian muzik tradisional pun takda la diselitkan sangat dalam lagu...cuma ada la beberapa lagu yang ada dia selitkan muzik tradisional melayu kita
- tapi kenapa lagu-lagu dia sangat digemari oleh orang Melayu kita
- mungkin contentnya mengandungi identiti Melayu kita di zaman ini...bukan di zaman dulu....
- dan persembahan (muzik video dan konsert) mesti dia akan selitkan sedikit ciri-ciri Melayu kita...
- dan kualiti muziknya sangat tinggi
- dan lagu dia sedap didengar dan dinyanyikan waktu mandi :D

AMAN-RA
- aman-ra ni asalnya dia lebih ke arah western sebenarnya...
- tapi lama-kelamaan identiti Melayu dalam muzik dia makin tinggi juga
- tapi dia ni lebih kurang mcm altimet..
- lirik takdalah seni melayu sangat
- bunyi-bunyian alat muzik tradisional pun takda..
- tapi contentnya menceritakan realiti orang melayu kita..
- cara persembahannya pun sama

MALIQUE
- tadi dah cerita....malique ni memang lebih pada lirik...
- tapi ada beberapa lagu dia yang dia bekerjasama dengan M Nasir dan juga Jamal Abdillah, lagu tu agak terserlah identiti Melayu...
- tapi tu lah, tak dapat sambutan sangat....



kalau nak cerita kat sini, sebenarnya ramai sangat lah artis...haha...
yang aku duk cerita ni sebenarnya artis favourite aku...
tapi kalau nak cerita, memang makin ramai artis yang mula selitkan seni dan identiti Melayu kita...

macam artis Faizal Tahir (adalah beberapa lagu dia mcm Ragaman), Naim Daniel (tak pasti), Zizi Kirana (pun tak pasti, mula-mula dulu ikut style malique, lepas tu kejap ikut style altimet, kejap ikut style western, kejap tradisional...tak tahu la aku zizi kirana ni)...

kalau nk list kat sini, banyak sangat lah adoi....

itu je lah...

kalau tak setuju atau ada nak tambah, korang boleh bagi pendapat korang...
 
Last edited:
Sponsored Post

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,393
Reaction score
2,090
Points
141
Sponsored Post
Top
Log in Register