BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi satu bukti Abdullah pemimpin lemah

egold2u

Active+ Member
Messages
2,547
Paid Membership
Joined
Nov 18, 2006
Messages
2,547
Reaction score
77
Points
30
http://www.detikdaily.net/m2/modules.php?name=News&file=article&sid=40&mode=thread&order=0&thold=0

"Apa salah kerajaan membayar pampasan berbanding menaikkan kadar tol dengan begitu menggila sekali? Mana lebih penting menyalurkan RM 600 juta kepada Ketua-ketua bahagian Umno bagi projek pembangunan mee segera atau mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat?"

Oleh Kunta Kinte Malaysia

KERAJAAN hari ini sudah tidak bijak merancang kewangan negara. Kenaikan antara 60 sen sehingga RM 1 di beberapa lebuh raya kegunaan harian rakyat mencerminkan sikap cuai dan tiada kebijaksanaan.

Ambil contoh Lebuh Raya Damansara-Puchong. Jika dahulu pengguna perlu membayar RM 1 sekali lalu, mulai tahun hadapan pengguna perlu membayar RM 1.60. Jika dulu satu hari penduduk di Puchong hanya membayar RM 2 sehari, mulai tahun hadapan, pengguna perlu membayar RM 3.20 sehari.

Kenaikan ini amat berat kerana ia merupakan laluan kerja hampir 100 ribu orang setiap hari. Di mana akal waras Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri?

Kenaikan kadar Lebuh Raya Utara-Selatan (LRUS) jarang disungutkan kerana ia merupakan jaringan pengangkutan alternatif. Pengguna masih boleh menggunakan jalan lain jika tidak mahu membayar tol. Malahan LRUS merupakan jaringan pengangkutan komersial dan perjalanan sekali sekala.

PENGGUNA TIADA PILIHAN

Tapi apakah pilihan pengguna di Puchong bila kadar tol LDP dinaikkan sehinggan RM 0.60? Kadar baru bagi LDP ialah RM1.60 (naik 60 sen), Lebuhraya Shah Alam RM2.20 (naik 70 sen), Lebuhraya Cheras-Kajang (Batu 9) RM1 dan (Batu 11) 90 sen (kedua-duanya naik 30 sen), Lebuhraya KL-Karak (Gombak) RM5 (naik RM1) dan (Bentong) RM3 (naik 50 sen) dan Lebuhraya Koridor Guthrie RM1.40 (naik 40 sen). Kadar ini adalah untuk kereta yang diklasifikasikan sebagai Kelas 1.

Kita menerima hakikat bahawa kenaikan tidak dapat dielakkan. Yang kita tidak dapat terima hakikat ialah jumlah kenaikan tersebut. Maka mungkin rakyat perlu bertanya mengapa kerajaan boleh membina laluan percuma untuk penduduk Ipoh - Sungai Siput dan juga memberi laluan percuma kepada pengguna LRUS di sekitar Seberang Jaya?

Dulu rakyat boleh menerima kenaikan harga tol antara 10-20 sen atau kenaikan petrol sekitar beberapa sen seliter. Tapi hari ini kenaikan dilakukan tanpa pertimbangan kepentingan rakyat dahulu.

Apa salah kerajaan membayar pampasan berbanding menaikkan kadar tol dengan begitu menggila sekali? Mana lebih penting menyalurkan RM 600 juta kepada Ketua-ketua bahagian Umno bagi projek pembangunan mee segera atau mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat?

GAGAL TADBIR EKONOMI

Hanya pemimpin yang lemah, gagal mentadbir ekonomi dan tidak mempunyai pemikiran jauh melakukan penindasan ketara terhadap rakyat. Gabungkan sahaja kenaikan harga petrol sehingga hampir RM 0.55 seliter sepanjang 3 tahun pemerintahan PM Abdullah Badawi dicampur kenaikan elektrik, air dan tol. Apa lagi yang tinggal dalam poket rakyat?

PM Abdullah memberi elaun sara hidup kepada kakitangan kerajaan di bandar sebanyak RM 150 sebulan tetapi naikkan dengan tinggi harga petrol dan harga tol yang akhirnya bukan sahaja mengutip balik RM 150 tersebut tetapi perbelanjaanrakyat makin bertambah berkali ganda berbanding elaun tersebut.

Ini masalah Abdullah yang tidak mempunyai kemampuan menguruskan ekonomi negara. Abdullah tidak mampu memikirkan penyelesaian ekonomi secara makro. Sebaliknya pendekatan-pendekatan yang dilakukan hanya secara adhoc dan menyebabkan banyak wang membazir tanpa menjana ekonomi negara.

Abdullah secara sembrono memberi peruntukan RM 600 juta kepada ketua-ketua Umno Bahagian bagi mengelakkan Perhimpunan Agung Umno mempersoalkan kepimpinan beliau. Pada pertengahan tahun ini juga, Pak Lah memberi peruntukan berjumlah RM 2 juta kepada semua Ahli Parlimen BN.

WANG LESAP, PEMBANGUNAN TAK MENJADI

Tiada salah memberi peruntukan pembangunan. Namun peruntukan-peruntukan ini diberi tanpa perancangan. Hasilnya wang lesap, pembangunan ekonomi tidak menjadi kenyataan. Bayangkan sudah berapa billion? Ini belum termasuk peruntukkan RMK9 yang dibuat secara kelam kabut sehingga beberapa projek yang dibatalkan masih diberi peruntukkan.

Dulu kerajaan banyak juga membuat projek Mega tetapi rakyat tidak susah begini. Hari ini bukan sahaja projek mega yang menjana ekonomi belum nampak hasil tetapi banyak beban rakyat sudah kena tanggung.

Yang pasti Abdullahah sebenarnya sedang merancang secara senyao kejatuhan dan kemusnahan Barisan Nasional. Jika keadaan pengurusan ekonomi semacam ini berterusan tunggulah sahaja akibat dalam pilihan raya akan datang.

Tol...Oh..Tol
 
huh... kalau next election badawi ni ade gak.. pengsan aku..
 
khabar2 angin kata awai tahun 2007 minyak naik lagi 30sen.....
minyak naik + tol naik + harga barang naik = makan pasir leeeeee
 
kena layan alternatif lain la nti bila mengundi.
hehehehe..
 
hang tau sebab apa tol naik? bagi la reason, cakap senang, kutuk sana sini... sebagai rakyat malaysia, kita patut bersyukur.. and bekerja lagi keras bukan dok kutuk pemimpin kita nie, apa la. badawi ok le jugak, now pun index komposit dah lebih dari 1000 mata.. inflasi tetap ada kat mana2 negara.. lebih2 lagi negara yg baru nak membangun maju..
 
haa.. baru nak bising.. sape suruh pangkah BN dulu?? :cool:
 
ahaks..sape yg pangkah? aku taun depan baru start leh memangkah...:D ...harap2 pangkahan pertama aku mengena...heheh
 
jangan salahkan kerajan ok....
kita yang pilih dh jadi nk menuding jari pada....
sapa2...
hal tol nie memang dia aku kui....
kebanyakan yang harga tol naik tu memang x ader jalan alternatif
masa aku dok s alam....klu nk ke kl memang ader jalan bertol klu ader jalan alternatif...x per arr....
 
kena layan alternatif lain la nti bila mengundi.
hehehehe..

:D Tapi tak ramai macam awak..hehehehe..Kesihan kat Awak,takpe cuba lagi di 20-100 pilihanraya akan datang.Ingat tau usaha tangga kejayaan dan gemilang akan cemerlang dan terbilang akhirnya..:D
 
Back
Top
Log in Register