BTC USD 48,058.5 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi Rasuah oleh BN : Panel siasat dakwaan penyelewengan kontrak AIMST

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Panel siasat dakwaan penyelewengan kontrak AIMST

Jan 4, 09 3:05pm


Sebuah panel tiga anggota telah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyelewengan pemberian kontrak oleh sayap pendidikan MIC, Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) bagi Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) milik parti itu, demikian menurut sumber-sumber.

Mereka menyatakan Lembaga Pengarah MIED, yang bermesyuarat pada hari Jumaat, melantik bekas bendahari agung MIC Tan Sri K.S. Nijhar, untuk mengetuai panel penyiasatan itu, lapor Bernama.

Difahamkan dua lagi anggota panel ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC Tan Sri G. Vadiveloo.

Sumber parti mendedahkan panel itu diwujudkan atas arahan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Velu semasa mesyuarat itu.

Ketika dihubungi Bernama, Nijhar mengesahkan pembentukan panel berkenaan dan siasatan rasmi masih belum bermula.

"Saya baru melihat kesemua dokumen berkenaan dan belum lagi meneliti butiran kontrak. Panel ini akan mengadakan pertemuan sebaik sahaja saya mengkelaskan dokumen. Panel ini dibentuk bukan untuk mengenakan sesiapa tetapi untuk memastikan semua perkara dalam keadaan teratur," katanya.

Kos pembinaan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) milik MIC yang mula beroperasi setahun lalu, melonjak dari anggaran asal RM230 juta kepada RM500 juta dalam tempoh 12 bulan.

Difahamkan panel itu telah memperoleh kesemua fail berhubung dakwaan penyelewengan itu daripada pejabat MIED.

Dua minggu lalu, Samy Velu memecat Setiausaha Agung MIC, Tan Sri M Mahalingam, 73, dengan menyatakan parti itu memerlukan tokoh muda bagi memegang jawatan itu sebagai satu daripada usaha penjenamaan semula MIC.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany, 51, dilantik menggantikan Mahalingam.

Sumber mendedahkan presiden parti berasa bimbang dengan pemberian kontrak yang didakwa ditawarkan pada nilai yang begitu besar.

Mereka berkata panel itu akan turut menyiasat dua kontrak kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan MIC.

Kos pembinaan AIMST, yang mula beroperasi setahun lepas, melonjak daripada anggaran asal RM230 juta kepada RM500 juta dalam tempoh 12 bulan, kata sumber.

Sementara itu, Mahalingam ketika dihubungi berkata beliau bersedia untuk disoalsiasat oleh panel berkenaan.

"Bagi saya, tiada apa yang hendak disembunyikan. Saya melakukan seperti apa yang diarahkan Presiden (MIC). Tiada penyelewengan dana atau kontrak pada pihak MIED," katanya.
 
Sponsored Post

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Lagi satu pendedahan... :)paid :)paid
 

sconsult

CG Top Poster Club
Joined
Dec 10, 2007
Messages
22,646
Reaction score
656
Points
161
Kalaulah aku yang dilantik jadi panel penyiasatan..... tahu lah dia orang apa nak jadi !
 

genxxx

Fun Poster
Joined
Jun 14, 2008
Messages
429
Reaction score
0
Points
10
korek jgn tak korek...
duit rakyat gak yg jdi mangsa
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register