Lagi Pelakon Korea Selatan Di Temui Mati, Cha In-ha

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,191
Reaction score
2,102
Points
226
03.12.2019 - Seoul, Industri hiburan Korea Selatan sekali lagi digegarkan dengan berita kematian mengejut pelakon lelaki berusia 27 tahun, Cha In-ha selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pengurusnya sendiri.

Memetik laporan berita tempatan, pelakon drama Love With Flaws yang sedang ditayangkan di kaca tv seluruh Korea Selatan itu ditemui mati pada Selasa.

Namun begitu, sehingga kini polis masih belum mengumumkan sebarang butiran lanjut mengenai kes kematian pelakon itu dan siasatan kini giat dijalankan.

Agensi pengurusan aktor itu iaitu Fantagio berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan mereka turut diarah untuk mencari maklumat lanjut.

Malah, pihak pengurusan itu turut mengeluarkan kenyataan mengenai insiden malang itu dan menyeru agar para peminat tidak menyebarkan berita palsu mengenai kematian mendiang.

“Kami sangat berharap agar tiada berita palsu disebarkan di mana-mana platform media sosial.

“Kami juga meminta anda supaya menghormati ahli keluarga mendiang yang kini berdepan dengan kesedihan besar,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, menerusi muat naik terakhir Cha In Ha di laman Instagram, aktor itu sempat menyampaikan mesej terakhirnya pada Isnin.

"Semua orang, berhati-hati", dengan gambarnya sedang memegang telefon bimbit.

http://instagr.am/p/B5kPGMNBhME/
Kematian In-ha mengejutkan semua pihak dan ia kurang daripada dua minggu selepas insiden bintang K-pop Goo Hara, 28, yang juga ditemui mati serta seorang lagi bintang K-pop Sulli, 25 tahun, yang meninggal dunia dipercayai akibat bunuh diri.

Berita asal http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lagi-pelakon-korea-selatan-ditemui-mati-224393
 
Last edited:
Sponsored Post

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,220
Reaction score
397
Points
81
Sebab tu la kalau nak jadi artis biarlah bergerak secara indie.

Jangan terikat kontrak dengan major label atau talent agency.

99% artis korea ni semua pakai talent agency, sebab senang dapat job.. Tapi byk tnc dia.. Terpaksa buat pembedahan plastik, makan kena jaga, x boleh dating atau kawin sekian2 umur, kena ikut arahan bos, kalau terpaksa jadi peneman VVIP (biasa VVIP ni orang kaya yang invest dalam kompeni talent agency tu)..

Belum lagi masuk dgn tekanan gelombang fans kpop yang fanatik..

Cara disebalik industri hiburan Korea bekerja ni mmg level2 mengalahkan Hollywood.

Selalu kalau stres, jerawat bagai mesti tumbuh.. Tapi aku rasa korea ni memang genetik kulit flawless la, jeles plak.. Pemakanan kot..


Konklusinya, tekanan dari talent agency dan fans fanatik punca artis kpop depresi.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register