BTC USD 106,877 Gold USD 3,416.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi mayat rentung ditemui

ronaldinhood

Super Active Member
Messages
9,352
Paid Membership
Joined
Apr 3, 2006
Messages
9,352
Reaction score
73
Points
70
18/09/2008 10:03pm

Oleh Haniza Hassan
JOHOR BAHRU 18 Sept. – Dua pengutip besi buruk yang sedang mencari 'rezeki' di Kampung Pelentong Baru di sini terkejut apabila menemui mayat rentung di dalam rangka sebuah kereta yang terbakar hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob berkata, mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya itu ditemui mereka kira-kira pukul 2.30 petang.

"Polis yang berkejar ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat awam mendapati mayat itu berada di dalam sebuah kereta yang sudah terbakar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang identiti ditemui pada mayat itu yang kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.- Utusan.

Oh Malaysiaku...
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register