BTC USD 54,391.0 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi mangsa letupan gas meninggal dunia

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
MELAKA: Seorang lagi mangsa insiden letupan di sebuah pusat beli-belah Jaya Jusco yang belum beroperasi disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9.40 pagi, semalam.

Ooi Kok On, 33, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka sejak 14 Disember lalu, adalah mangsa kedua yang meninggal dunia akibat mengalami kecederaan dipercayai terkena serpihan letupan berkenaan.

Dalam kejadian 14 Disember lalu, seorang juruteknik yang dikenali Tiau See Peing, 25, maut di tempat kejadian manakala 20 lagi cedera apabila bahagian tingkat bawah pusat beli-belah terbabit yang dalam proses terakhir disiapkan meletup dipercayai akibat kebocoran gas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat keluarga mendiang di rumah mayat Hospital Melaka mengucapkan takziah atas kejadian tersebut.

“Saya berharap keluarga mangsa dapat bersabar dan pihak syarikat pengurusan pusat beli-belah juga berjanji memberikan segala bantuan untuk meringankan beban keluarga.

“Kerajaan negeri juga sedia untuk menghulurkan segala bentuk bantuan yang sesuai kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Melaka, semalam.

Mohd Ali yang dijadualkan merasmikan pusat beli-belah berkenaan 17 Disember lalu turut mengarahkan syarikat penguru-san pusat beli-belah bernilai RM500 juta itu menangguhkan perasmiannya sehingga mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa bagi memastikan ia benar-benar selamat sebelum dibuka kepada orang ramai.

Katanya, semua kontraktor yang menyiapkan bangunan itu wajib mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya tragedi letupan yang mengorbankan dua nyawa itu tidak berulang.

Dalam pada itu, wakil pusat beli-belah berkenaan mengesahkan pihaknya akan membantu menghantar mendiang Ooi dan menanggung kos pengebumiannya di Alor Setar.
 
Sponsored Post

fix90

Active Member
Messages
2,167
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
Belum operasi dah tragedi...harap2 xterjadi la mcni lg..ngeri.. kerja depan komputer ni..aku bersyukur sangat la..kesian keluarga mendiang.....

:(:(
 

aznor59

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
dah ajal...kalo keje depan pc pun kalo dah ajal..mati gak...

keje bermain ngan GAS tak leh buat sambil lewa...
 

myvi sporty

Active Member
Messages
1,743
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
dah jadi berhantu la jusco melaka 2..2 la kalo buat keje tak ikut spec.. bahaya..
 

estacoco

Super Active Member
Messages
7,570
Joined
May 5, 2008
Messages
7,570
Reaction score
28
Points
70
abes la bebudak yg kite kat sana. ada antu cine
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register